Apa Kejadah: Nak Ceramah Pun Guna Modal Basi - Banner pun Penipu



Guna gambar Pakatan untuk ceramah Umno

KEPALA BATAS, 3 April: Sekali pandang nampak macam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang akan memberikan ceramah tetapi sebenarnya Datuk Seri Zahrain Ibrahim dan Ezam Mohd Nor sebenar. Ia sangat mengelirukan.
Ekoran itu, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal dan Pakatan Rakyat Kepala Batas mendesak Polis membuat siasatan segera terhadap beberapa helai sepanduk yang mengelirukan rakyat itu.
Ia digantung untuk satu majlis ceramah di Kampung Paya Keladi pada 6 April ini.

Sebenarnya ia adalah program anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas yang didalangi oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas.

Pemidato jemputan ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan bekas Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Ezzam Mohd Noor.

Pengarah Dun Pinang Tunggal, Mohd Akhir Che Mat berkata, lapuran polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada pukul 9.00 pagi dan selesai pada pukul 11.00 pagi tadi.

Menurut beliau, pihak polis dikehendaki mencari dalang sebenar yang dikira sengaja menimbulkan perasaan benci membenci di kalangan masyarakat.

Bukan itu sahaja mereka juga harus menyiasat siapa Angkatan Belia Muda Kepala Batas yang menjadi penganjur program terbabit yang pastinya tanpa permit.

"Pihak polis dikehendaki membuat siasatan segera terhadap sepanduk yang terpampang di serata tempat yang memaparkan gambar Anwar dan Lim Guan Eng. Dari gambar itu seolah mereka yang akan berpidato, " tegasnya kesal.

"Keadaan itu membuktikan Umno ketandusan ideal untuk berhadapan dangan rakyat dengan mempergunakan dua tokoh besar tanah air sedangkan yang akan berceramah ialah Dato' Zahrain dan Ezzam, " jelas beliau yang juga Naib Pengerusi Pakatan Rakyat Kepala Batas.Hrkh

Cubaan Membeli Undi: Menteri Besar Selangor bidas Barisan Nasional

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas janji-janji pilihan raya yang ditaburkan oleh BN bagi merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor tetapi seringkali tidak mengotakannya.

"Jangan menipu rakyat Selangor. Penyanggak tidak ada urusan di negeri ini,” bidasnya.

Abdul Khalid, yang juga ketua PKR selangor mencabar BN untuk terus menaburkan lebih banyak janji kepada pengundi di Hulu Selangor menjelang hari pengundian 25 April ini.

"Kita alu-alukan RM2 juta yang mereka akan curahkan di kampung-kampung di Hulu Selangor. Lagipun duit itu adalah hak kita sebagai pembayar cukai. Saya juga cabar mereka untuk membina universiti di sini.

"Kerajaan negeri akan carikan tanah yang sesuai dan memberi kepada mereka dengan harga premium yang rendah. Mereka boleh namakan universiti apa-apa sahaja yang disukai, Universiti BN atau Universiti 1Malaysia...asalkan mereka mengotakan janji-janji mereka,” katanya selepas sesi turun padang di SKC Bernam, Hulu Selangor petang tadi.

PKR, katanya lagi akan menggunakan pendekatan mesra rakyat dalam kempennya untuk pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ini.

Bukan 'berorientasikan janji-janji'

Menteri besar Selangor itu juga berkata PKR tidak akan terbabit dalam sebarang pertelingkahan atau bermain dengan emosi orang ramai dalam usaha meraih sokongan dalam kempennya.

"Ceramah kami semasa kempen nanti akan lebih 'berorientasikan rakyat', dan bukannya 'berorientasikan janji-janji', tapi kami akan jadi 'offensif' sekiranya terdapat usaha menipu rakyat Selangor," katanya.

Merujuk kepada calon PKR untuk pilihan raya kecil itu Abdul Khalid berkata kepimpinan tertinggi parti akan mengumumkan namanya apabila tiba masanya, malah menurutnya beliau sendiri sehingga kini tidak tahu siapa yang akan diketengahkan sebagai calon.

Kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor sepatutnya tidak boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April ini belum berlansung.

Namun, semalam Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.

Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.

Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.

Tuduhan meleset

Abdul Khalid juga menolak dakwaan Najib kononnya rakyat sudah hilang keyakinan dengan Pakatan Rakyat.

"Jika dia kata rakyat tak yakin dengan Pakatan, kenapa Najib datang ke mari? Dia sepatutnya pergi berseronok di tempat lain,” katanya sambil merujuk lawatan Perdana Menteri di kedai-kedai sekitar Kuala Kubu Baru hari ini.

Sementara itu, lebih 500 orang menghadiri majlis bersama Menteri Besar dan Pemimpin Pakatan Rakyat untuk mendengar maklum balas terhadap masalah yang dihadapi masyarakat setempat.

Abdul Khalid juga menyerahkan hak milikan tanah kepada lebih 108 penduduk Hulu Selangor.

Beri geran

Khalid berkata pemberian geran ini sudah dirancang sejak tiga bulan lalu, dan usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bersama Pejabat Daerah Hulu Selangor. Kerajaan negeri meletakkan sasaran 100,000 pemberian milikan tanah di seluruh Selangor.

Pada majlis tersebut, Khalid berkata kerajaan negeri komited untuk membantu warga Selangor menduduki tanah yang sekian lama dinafikan kepada mereka di bawah pentadbiran lalu.

Dalam perkembangan lain Khalid berkata ibu bapa yang tinggal lebih dari lima tahun di Selangor kini boleh mendaftarkan anak-anak mereka dengan Tabung Anak Selangor (Tawas) walaupun anak-anak mereka dilahirkan di luar Selangor.

"Para ibu bapa berkenaan perlu mendapat pengesahan daripada ketua kampung atau pengawai daerah masing-masing bagi tujuan itu," tambahnya.

Tawas merupakan antara projek kerajaan Selangor dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri, dan antara lain agendanya ialah bagi membolehkan anak-anak yang terpilih untuk didaftar berpeluang menerima RM 1,500 tiap seorang hasil daripada pelaburan mereka dalam tabung itu.

AKHIR TM PIALA FA KEDAH MENENTANG NEGERI SEMBILAN

Malam ini kedah telah mencatatkan kemenangan ke atas pasuakn Terengganu 2 - 1 menjadikan agregat 4 - 1 berpihak kepada Kedah.

Manakala Selangor mencatatkan kemenangan di Negeri Sembilan 1 - 0. Namun kedudukan kemenangan 2 - 1 di Shah Alam.. Dengan itu mengekalkan kemenangan 2 - 2. Namun jaringan di tempat lawan menjadikan kelebihan kepada Negeri Sembilan.

Kita nantikan perlawanan Akhir di Bukit Jalil menentang Negeri Sembilan. Tahniah buat Pasukan Kedah dan Syabas kepada Jurulatih Haji Ahmad Yusuf serta seluruh Warga pengurusan KFA.

Polis guna Seksyen 27 Akta Polis 1960 :PRK Hulu Selangor





KUALA LUMPUR : Imej polis yang sehingga kini kekal dilihat sering menyebelahi BN gagal diambil iktibar oleh institusi itu apabila awal-awal lagi memberi amaran akan mengambil tindakan jika kempen pilihanraya diadakan sebelum penamaan calon.

Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, difahamkan ia ditujukan kepada Pakatan Rakyat yang sejak semalam aktif memasang poster (gambar) dan bendera parti dari PAS, PKR dan DAP di kawasan itu.

Pakatan Rakyat juga sebelum ini ada mengadakan ceramah umum Selamatkan Malaysia Jumaat lalu yang mana ia telah dirancang sebelum kematian Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad lagi, iaitu penyandang kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan mengeluarkan permit untuk aktiviti ceramah dan kempen di kawasan Parlimen Hulu Selangor selagi proses penamaan calon belum berlangsung.

Oleh itu, katanya, jika ada pihak yang mengingkari arahan tersebut, tindakan tegas mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1960 kerana kesalahan melakukan perhimpunan haram akan diambil.

''Arahan ini adalah untuk semua pihak terutama parti politik sama ada yang akan bertanding atau tidak bertanding. Jika mereka ingkar, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.

''Kita hanya akan mengeluarkan permit untuk ceramah dan kempen selepas proses penamaan calon selesai dengan syarat mereka membuat permohonan," katanya selepas menyampaikan hadiah pada Majlis Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam.

Khalid menjelaskan, permohonan permit bagi ceramah perlulah dibuat lima hari sebelum program berkenaan diadakan.

''Namun sudah tentu kita akan menggunakan budi bicara (berhubung pengeluaran permit)," ujar beliau.

Mengenai persiapan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Khalid berkata, pihaknya memang telah bersiap sedia dan kini hanya menunggu pengumuman tarikh penamaan calon dan pembuangan undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau, menjangkakan lebih 1,000 anggota polis akan ditugaskan di kawasan Parlimen Hulu Selangor untuk menjaga keselamatan bagi memastikan PRK itu berjalan lancar.

''Tunggulah.. Bila tiba masanya anda akan lihat persiapan dan kehadiran kita di Hulu Selangor," katanya.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kini kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak di kediamannya di Kajang baru-baru ini.

SPR akan mengumumkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian hari ini.

Sejak kekosongan kerusi itu, pihak BN telah pun berkempen samada melalui media pro BN dan gerak saraf parti itu melalui pemimpin dan ah-ahlinya sehingga kini termasuklah dalam usaha melobi samada parti MIC atau Umno yang akan bertanding merebut kerusi itu.

Terdahulu, semasa sambutan ulang tahun Pakatan Rakyat di Kampung Baru, pihak polis bersama puluhan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membelasah rakyat yang berhimpun secara aman di situ yang menyaksikan pemimpin PR pada malam itu dikejar kedalam dewan selain beberapa petugas PR dibelasah sehingga terpaksa mendapatkan rawatn di hospital.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.