Bekas Menteri Skandal Seks Menang Presiden, Menteri Kesihatan Menang Timbalan

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

azlanChua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala mereka yang menang jawatankuasa pusat juga merupakan campuran penyokong yang terdiri daripada sebelas penyokong Chua, Ka Ting (9) dan Tee Keat (5).

Dua puluh lima pemenang jawatankuasa pusat, termasuk 14 penyandang (nama penyandang dihitamkan) ialah:

1.Lee Chee Leong (1,430)
2. Hou Kok Chung (1,312)
3. Heng Seai Kie (1,267)
4. Wee Jeck Seng (1,175)
5.Toh Chin Yaw (1,142)
6. Tee Siew Kiong (1,141)
7. Gan Tian Loo (1,117)
8. Tan Chai Ho (1,114)
9. Ong Ka Chuan (1,104)
10. Lee Wei Kiat (1,100)
11. Loh Seng Kok (1,086)
12. Hoh Khai Mun (1,077)
13. Liew Yuen Keong (1,059)
14. Tan Cheng Liang (1,054)
15. Koh Nai Kwong (1,040)
16. Por choo Chor (1,037)
17. Tan ken Ten (999)
18. Kong Sing Chu (981)
19. Chong Itt Chew (975)
20. Yoo Wei How (974)
21. Tan Ah Eng (969)
22. Wong Koon Mun (953)
23. Ti Lian Ker (929)
24. Teh Kim Poo (864)
25. Chuah Poh Khiang (851)



Sebelum ini, 2,315 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini.

TGNA tidak setuju sidang DUN khas bincang krisis istana



MACHANG: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju dengan cadangan diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membincangkan dan menyelesaikan konflik istana Kelantan.

Beliau berkata, tindakan sebegitu hanya akan memburukkan lagi keadaan kerana krisis itu membabitkan soal teknikal dan ia perlu diselesaikan secara berhikmah.

"Isu berkaitan (istana) sangat sensitif yang menyentuh perasaan orang Melayu dan ia perlu diselesaikan cara diam (baik)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kilang Nutraseutikal dan pemeterian perjanjian antara Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd dan Global Biotech Produce Sdn Bhd di Labok di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan agar sidang khas DUN diadakan bagi membincangkan kemelut yang sedang melanda istana Kelantan.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, kalau krisis itu gagal diselesaikan secara berhemah, kerajaan negeri akan menggunakan perlembagaan negeri untuk menyelesaikannya.

Beliau meminta rakyat Kelantan sentiasa berdoa agar krisis itu selesai secepat mungkin.

Nik Abdul Aziz turut mengajak rakyat mendoakan kesihatan Sultan Kelantan supaya baginda cepat sembuh daripada kegeringan.
"Pada pandangan saya, tuanku masih gering dan masih memerlukan masa yang secukupnya untuk sihat seperti biasa," katanya

KERAJAAN BN PERAK TOLAK 216 SOALAN-SOALAN ADUN PR

Sebanyak 216 soalan yang dikemukakan oleh semua ADUN PR kepada kerajaan BN dalam sidang dewan 30 Mac ini telah ditolak oleh kerajaan UMNO BN. 216 soalan itu merangkumi soalan-soalan lisan dan bertulis. Alasan penolakan sangat tidak munasabah, hanya kerana soalan-soalan tersebut tidak diemailkan, semua soalan ditolak.

Ini jelas bercanggah dengan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh semua Adun tidak bersalahan dengan Perintah Tetap, semua soalan telah dihantar dua minggu sebelum tarikh persidangan iaitu pada 15hb. Mac 2010, sedangkan sidang DUN diadakan pada 30 Mac 2010. Soalan tersebut dihantar terus ke pejabat Setiasuaha Dewan Undangan Negeri dengan tangan.

Jelas UMNO BN Perak sangat takut dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Adun-adun PR terutama soalan-soalan lisan. Berdasarkan soalan-soalan dan juga jawapan-jawapan yang bakal diberikan nanti oleh Kerajaan BN sudah pasti bakal mengundang satu perdebatan yang panas dan hebat, mereka sangat bimbang dengan perdebatan dalam Undangan Negeri nanti, rakyat akan dapat menilai siapa yang benar dalam krisis politik di Perak.

Bagi mengelakkan perdebatan yang akan merugikan dan mendeahkan tembelang UMNO BN, mereka memilih jalan pintas dengan menolak semua soalan atas alasan tidak diemail.

Antara soalan-soalan yang sangat mengerunkan dan akan menggegarkan dewan untuk dijawab oleh kerajaan UMNO BN :-

SOALAN-SOALAN LISAN
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA
DEWAN NEGERI PERAK YANG KEDUA BELAS
PERAK DARUL RIDZUAN MULAI 30 MAC 2010
DARIPADA : YB TITI SERONG
1. Dalam sidang 7 Mei yang lalu, berlaku perlantikan Yang Dipertua yang baru Dewan Undangan Negeri Perak di mana Ganesan telah dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan yang baru bagi mengantikan YB Sivakumar.
a) Di bawah peraturan manakah yang digunakan oleh ahli-ahli dewan BN melantik speaker baru sedangkan YB Sivakumar masih menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak yang sah sedangkan usul memilih Yang Dipertua Dewan yang baru telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan mengikut bidang kuasanya dalam Perintah Tetap ?
b) Di bawah peraturan manakah yang membolehkan Ganesan berada di dalam dewan, sedangkan tiada kebenaran oleh Yang Dipertua Dewan ketika itu untuk beliau berada di dalam dewan ?
c) Di bawah peraturan manakah ketika mana YB Sivakumar menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan yang sah pada persidangan 7 Mei yang lalu, tiba-tiba Timbalan Yang Dipertua Dewan mengambil alih tugas Yang Dipertua Dewan bagi menjalankan pemilihan Yang Dipertua Dewan yang baru ?

2. Dalam sidang dewan 7 Mei 2009, Yang Dipertua Dewan telah menggunakan kuasanya bagi menentukan jumlah pemerhati dan pemberita yang dibenarkan berada di dalam dewan sepanjang persidangan berjalan.
a) Mengapa kuasa Yang Dipertua Dewan ketika itu dinafikan sebaliknya arahan menentukan jumlah pemerhati dan pemberita diambil alih oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri ?
b) Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menguasai perjalanan sidang dewan sehingga menghalang Yang Dipetua Dewan menjalankan tugas sebagaimana peraturan dalam Perintah Tetap ?
c) Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menghalang pemerhati dan pemberita yang telah diberi kebenaran khas oleh Yang Dipertua Dewan dari memasuki dewan /

3. Dalam sidang dewan 7 Mei 2009 yang lalu, DYTM Raja Muda Perak telah menyampai titah ucapan bagi merasmikan sidang dewan tersebut.
a) Adakah tidak menyalahi amalan dalam persidangan dewan di Perak, titah ucapan Tuanku tidak disertai dengan ucapan usul terima kasih dan membahaskannya serta menerima titah ucapan tersebut ?
b) Adakah ia bukan satu penghinaan terhadap titah Tuanku yang langsung tidak dibahas dab diterima ?
c) Di bawah peraturan manakah, usul pemilihan Yang Dipertua Dewan dijalankan sedangkan Perasmian Sidang Dewan 7 Mei yang lalu belum pun disempurnakan lagi ?

SOALAN-SOALAN BERTULIS
1. Hasil hutan
a) Sila buat analisis perbandingan keluasan balak yang telah diluluskan dan hasilnya oleh kerajaan pada tahun 2008 dan 2009 ?
b) Apakah polisi yang diguna pakai oleh Jabatan Hutan Negeri Perak bagi menentukan kelulusan balak dan berapakah keluasan balak yang ditender sepanjang tahun 2009 ?
2. Sekolah Agama Rakyat (SAR)
a) Berapakah jumlah bantuan perkapita kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat yang bukan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ?
b) Berapakah pula jumlah peruntukkan yang kerajaan negeri salurkan kepada setiap Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SUWA) ?
3. Majlis Agama Islam Perak
a) Sila nyatakan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang membayar zakat kepada Majlis Agama Islam Perak dan jumlah yang dikeluarkan oleh setiap anak-anak syarikat?
b) Mengapakah kerajaan tidak mengguna pakai kaedah perlantikan Ahli Jawatankuasa Qaryah yang pernah dicadangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam iaitu sama ramai jumlah Ahli Jawatankuasa Qaryah dari penyokong Pakatan Rakyat dan Penyokong BN sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan mendapat perkenan Tuanku Raja Muda?
4. Pemberian suratan hak milik dan Tanah Rezab Melayu
a) Sila nyatakan jumlah suratan hak milik yang telah dikeluarkan dari tahun 2000 hingga 2009 mengikut pecahan daerah dengan menyatakan sekali jumlah ekar dan kepada siapa suratan hak milik itu dikeluarkan?
b) Berapakah jumlah Tanah Rezab Melayu yang ditukar statusnya di seluruh Perak mengikut pecahan dari tahun 2000 hingga 2009 ?
5. Pelaboran
a) Sila nyatakan jumlah pelaburan asing yang diterima oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan bilangan tahun sejak 2007 hingga 2009 serta nyatakan nama pelabur-pelabur asing itu?
b) Baru-baru ini, YAB MB pergi ke beberapa buah negeri antaranya ke Timur Tengah, Amerika dan London, berapakah jumlah pelaburan yang diterima hasil lawatan tersebut serta nyatakan nama syarikat-syarikat yang melabur.?

http://misabah.blogspot.com

Wan Hashim Dilanjutkan Tempoh Tahanan Reman

KOTA BHARU 28 Mac _ `Setiausaha Sulit Sultan', Datuk Wan Hashim Wan Daud dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini oleh sepasukan polis dipercayai untuk mendapatkan tempoh lanjutan tahanan reman terhadapnya.

Turut hadir di mahkamah adalah Peguambela beliau, Gobin Singh Deo dan Datuk Mohd. Haaziq Pillay.

Sementara itu, isteri Wan Hashim, Datin Nor Zakiah Ahmad bersama beberapa ahli keluarga turut hadir memenuhi perkarangan mahkamah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.