Rupanyer Kotak Ikan (KIBFG) Pun Kroni Punya


UNDANG UNDANG BARU
TAK BOLEH PAKAI SELUAR PENDEK DAN MESTI PAKAI KASUT DOC MART BUTANG16

PARTI GERAKAN DAKWA KOTAK SYARIKAT KRONI

Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan, Lai Hoi Keong telah membuat laporan kepada SPRM tentang kes pembekalan kotak ikan berinsulasi gred makanan (KIBFG) dimonopoli sebuah syarikat.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semalam menyangkal dakwaan Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan, Lai Hoi Keong yang pembekalan kotak ikan berinsulasi gred makanan (KIBFG) dimonopoli sebuah syarikat, seperti laporannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin.

Noh Omar, berkata tidak ada pemegang saham individu dalam syarikat yang didakwa manakala pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang menduduki lembaga pengarah syarikat itu hanya wakil anak syarikat LKIM, Majuikan Sdn Bhd.

Noh Omar, berkata tidak ada pemegang saham individu dalam syarikat yang didakwa manakala pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang menduduki lembaga pengarah syarikat itu hanya wakil anak syarikat LKIM, Majuikan Sdn Bhd.

Katanya, syarikat yang dimaksudkan Lai mungkin menjurus kepada KF Marketing iaitu sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen tunggal pada 2006 ketika penggunaan KIBFG diperkenalkan dan pengilang Ace Rotor Moulding Sdn Bhd sebagai pengilang tunggal.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pengilang ditambah menjadi tiga selain pengimport boleh membeli terus kotak itu di pasaran sebaik kementerian mahu melaksanakan arahan penggunaan KIBFG.

Noh berkata, pemilik saham dalam KF Marketing terdiri daripada Gabungan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Majuikan dengan 30 peratus saham, Konsortium Pasar Borong Selayang serta gabungan Persatuan Nelayan Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan (15 peratus) manakala Ace Rotor Moulding, 10 peratus.

Sementara itu, SPRM membuka kertas siasatan sebaik menerima laporan berhubung isu penggunaan KIBFG yang pembekalannya dikatakan dimonopoli sebuah syarikat.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Shukri Abdull, ketika dihubungi berkata, tindakan susulan sudah diambil pihaknya untuk memulakan siasatan dengan terperinci berhubung isu itu.

PC-Zul Lawyer Setelah DiSingkir & Takkan Merayu


ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
KENYATAAN AKHBAR / PRESS STATEMENT
Sabtu: 20 Rab’ul Awal 1431 / 06 Mac 2010

Saya baru menerima makluman daripada rakan pemberita tentang keputusan mesyuarat MPP/PKR yang bermesyuarat sebentar tadi yang memutuskan saya dipecat daripada PKR.

Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 02.09.1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR. Ternyata perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, dan mendaulatkan nilai dan prinsip-prinsip keadilan sejagat (universal value of natural justice) hanyalah sekadar laungan palsu. Keputusan ini juga membuktikan bahawa bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang menguasai PKR, ianya adalah satu dosa besar yang tidak boleh dimaafkan bagi memartabat, membela dan mempertahankan Islam.

Saya dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan saya hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya (a person can only be tried by his own peers). Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam. Sebaliknya mereka meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam.


Ini bukan sahaja bercanggah dengan prinsip dan nilai keadilan sejagat, malah merupakan satu penghinaan terhadap Islam dan umat Islam. Sebagaimana umat Islam merasa terhina bila Natrah dibicarakan oleh hakim Inggeris, dan kes kalimah ALLAH dibicarakan oleh hakim bukan Islam! Saya berasa terhina dihadapkan ke panel yang bukan Islam untuk membicarakan aqidah, kepercayaan dan agama saya!

Mengapa mereka berasa begitu sukar untuk mematuhi prinsip keadilan sejagat yang cukup mudah untuk dilaksanakan ini menjadi persoalan kepada saya? Bukannya saya enggan berdepan dengan Lembaga Disiplin, tetapi saya menuntut dibicarakan berdasarkan prinsip keadilan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Apakah mereka tidak mempunyai keyakinan jika panelnya terdiri daripada orang Islam? Malah salah seorang ahli panel yang beragama Islam menarik diri atas prinsip tidak mahu terbabit dengan panel yang bukan Islam ini!

Keputusan MPP pada hari ini jelas membuktikan bahawa PKR sudah dikuasai sepenuhnya oleh Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Keputusan MPP PKR hari ini juga membuktikan kepada saya bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam. Mereka yang bercita-cita mahu memartabat dan mendaulatkan Islam menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan akan menjadi korban.

Keputusan ini juga membuktikan dengan jelas kepada saya bahawa agenda perjuangan Islam tidak diterima oleh PKR. Malahan terbukti kepada saya deklarasi Dasar PR pada 19.12.2009 yang kononnya mendaulatkan Islam dan menghormati kedudukan umat dan institusi Islam didalam Perlembagaan Persekutuan adalah sekadar mainan politik picisan dan retorik murahan untuk mengelabukan mata umat Islam, dan suatu pembohongan jelas kepada rakyat.

Berdasarkan itu, tiada sebab dan alasan lagi untuk saya terus berada didalam PKR. Malah saya berasa malu kapada ALLAH dan umat Islam untuk terus bersama PKR. Walaupun saya mempunyai ruang untuk membuat rayuan, namun saya tidak bercadang untuk terus menggadaikan prinsip saya dan menjual maruah saya untuk berhadapan dengan sandiwara Fir’aun-Fir’aun Kecil ini. Sebaliknya saya akan mengkaji dan menimbang opsyen dan pilihan yang ada pada saya sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Saya melihat menjadi satu trend didalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi dan “character assassination” yang tidak berasas terhadap sesiapa juga yang tidak bersetuju atau tidak lagi mahu bersekongkol dengan mereka. Saya menasihatkan kepada Fir’aun-Fir’aun Kecil ini supaya jangan terlalu emosional, sebaliknya bersikaplah dengan professional dan matang. Berlainan wadah tidak bermakna silaturrahim terpatah. Itulah prinsip Islam yang sangat indah dan mempesonakan jika dilaksanakan. Saya berharap mereka akan menghentikan serta merta tindakan bacul melakukan serangan peribadi dan ‘character assassination” terhadap sesiapa juga yang memilih untuk tidak lagi mahu bersama mereka. Itulah adalah hak demokrasi dan hak asasi tiap manusia, iaitu hak untuk memilih. Janganlah mengeruhkan keadaan sehingga memaksa orang lain mengambil sikap “tell-all” dan menelanjangkan semua keburukan kita pula.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan dan sahabat samada diperingkat wakil rakyat, kepimpinan dan ahli PKR yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya selama ini. Terima kasih kerana menghormati hak dan pendirian saya sebagai seorang Muslim, walaupun saudara mungkin berbeza pendapat dengan saya. Cuma satu peringatan daripada saya, hari ini saya menjadi mangsa, esok-esok mungkin giliran saudara pula selagi Fir’aun-Fir’aun Kecil ini dibenarkan berleluasa didalam PKR.

Terima kasih tidak terhingga kepada petugas dan pembantu saya yang sangat setia dan sentiasa bersama saya senang dan susah iaitu Puan Roslijah Syed, Sdr. Gunalan dan Tuan Hj. Abdul Rahman di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu. Pengorbanan dan kesetiaan sdr/i akan saya kenang selama-lamanya, moga ALLAH membalasnya.

Sekian wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
20 Rabi’ul Awal 1431
06 Mac 2010
DI PETIK DARI BLOG ZULKIFLI NORDIN

PECAT TERUS...Zul Lawyer Diminta 0 kan Kerusi


Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.

Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah. -malaysiakini

Keluar 3 Masuk 1400 : Takdak Kuat Lagi Ka...


1,400 Ahli PPP Kuala Langat Ucap Selamat Tinggal Kepada BN
Seramai 1,400 ahli Parti Progresif penduduk di seluruh Parlimen Kuala Langat membuat keputusan meninggalkan parti itu secara beramai-ramai dan menyertai KEADILAN kerana hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional.

Langkah itu mengakibatkan kesemua 17 cawangan PPP di Kuala Langat terpaksa dibubarkan.

Penyertaan itu diketuai Timbalan Pengerusi Bahagian PPP Kuala Langat Muniandy Alagamalai, dua Naib Pengerusinya B.

Balasubramaniam dan S. Sellasamy, Setiausaha Bahagian Radha Krishnan Nallusamy, Bendahari G.Anbalagan, Ketua Pemuda S. Joseph dan Ketua Wanita P.Palasakty.

Kepimpinan bekas PPP Kuala Langat menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid dalam satu majlis ringkas dua hari lalu.

Abdullah Sani berkata kemasukan beramai-ramai ahli PPP terbabit menangkis dakwaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menyatakan bahawa KEADILAN "bakal gulung tikar" dengan isu beberapa Ahli Parlimennya yang berpaling tadah."Ini menunjukkan kemelut kepimpinan dalam Barisan Nasional dengan menyaksikan penghijrahan beramai-ramai ahli PPP untuk menyertai KEADILAN kerana mereka yakin Pakatan Rakyat sahaja yang boleh membela nasib rakyat dan keprihatinan mereka terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut Abdullah Sani keputusan tersebut juga membuktikan bahawa ahli PPP terbabit telah hilang kepercayaan terhadap BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga berkata tindakan itu membuktikan bahawa isu lompat parti yang berlaku dalam KEADILAN baru-baru ini tidak sedikit pun menjejaskan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap KEADILAN malahan sebaliknya berlaku.

"Tindakan ini menangkis kenyataan Rais Yatim dan saya ingin memberi mesej kepada beliau bahawa dua atau tiga ahli KEADILAN keluar parti, 2,000 atau 3,000 lagi akan masuk ke dalam parti ini," tegasnya.

Setiausaha PPP Kuala Langat, Radha Krishnan ketika dihubungi berkata beliau bersama ahli-ahli PPP terbabit membuat keputusan itu kerana prestasi yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Kami telah mengikuti perkembangan Pakatan Rakyat di Selangor selama setahun lebih dan kami melihat perkembangan yang sangat bagus yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat,"ujarnya.

Menurutnya ahli PPP turut hilang kepercayaan terhadap parti itu yang kononnya parti pelbagai kaum, tetapi meminggirkan kaum India.

"Barisan Nasional gagal menunaikan janji untuk membantu masyarakat India di Kuala Langat terutama dalam isu melibatkan peneroka India di Pulau Carey yang tidak dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri terdahulu. Ia bukan hanya melibatkan orang India, tetapi juga masyarakat kaum asli,"katanya.

Katanya ahli PPP merasa kecewa dengan parti itu dalam pelbagai isu kepimpinan dalam Barisan Nasional, isu sekolah dan bahasa Tamil serta isu jawatan kerajaan yang tidak dibuka penyertaan kepada masyarakat India.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.