Mungkin Pilihan raya mengejut di Perak - September


Menjadi persoalan mengapa Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini menafikan desas-desus bahawa satu pilihan raya negeri mengejut akan diadakan di Perak menjelang September ini.

Beliau berkata, parti komponen BN di Perak juga tidak menerima sebarang arahan untuk mengemukakan senarai calon parti masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihan raya mengejut itu.

Ahmad Husni berkata, selaku Bendahari BN dan UMNO serta memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perak, beliau pastinya telah mempunyai maklumat jika benar satu pilihan raya mengejut akan diadakan di Perak.

"BN Pusat bermesyuarat kira-kira dua minggu lepas, UMNO Pusat bermesyuarat pada minggu lepas dan BN Perak juga telah bermesyuarat baru-baru ini, tidak ada dibincangkan langsung mengenai soal pilihan raya mengejut.

"Sebaliknya mesyuarat berkenaan hanya mengingatkan bahawa semua parti komponen BN perlu bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kerajaan BN mendapat mandat besar bagi terus mentadbir negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Pemimpin di Dewan Merdeka di sini hari ini sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Tapah.

Desas-desas pilihan raya mengejut di Perak timbul selepas seorang Timbalan Presiden sebuah parti komponen BN dikatakan menyerahkan senarai nama calon daripada parti itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam satu perjumpaan tertutup di kediaman rasmi Menteri Besar pada petang semalam.

Sumber daripada parti komponen BN itu turut mendakwa bahawa pilihan raya mengejut berkenaan akan berlangsung pada September ini mengikut perancangan awal Zambry.

Oleh itu, kita tunggu dan lihat perkembangannya. Apa yang digembar-gemburkan bahawa pilihanraya bakal diadakan. Tarikhnya adalah bergantung kepada Zambry dan dengan perkenan DS Najib.

Isu Royalti Minyak Dibawa ke Sidang DUN Esok




KOTA BAHARU 28 Feb. - Satu usul berhubung isu tuntutan royalti minyak mungkin dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan esok bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Saya tidak tahu apa yang akan ADUN bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan lagi langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat daripada DUN negeri,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Hari ini kerajaan negeri menjemput semua ADUN termasuk ADUN Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas Nik Saghir Mohd Noor.

Husam yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan berkata, melalui taklimat itu, beliau berharap kesemua ADUN mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mendapatkan sokongan daripada DUN kerana sewaktu perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975, perkara itu dibawa di dalam sidang DUN untuk dipersetujui bahawa lima peratus hasil keuntungan minyak di Kelantan diberikan kepada negeri dan lima peratus lagi diberikan kepada pusat. - Bernama

EXCO- Klinik 1Malaysia Agenda UMNO : Operasi Haram


ALOR SETAR - Klinik 1Malaysia didakwa beroperasi secara haram kerana tidak menepati kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, terutama dari aspek pentadbiran.

Exco Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan negeri, Dr Ismail Salleh berkata, untuk membuka dan menjalankan operasi klinik di negara ini, permohonan oleh doktor bertauliah yang mempunyai Sijil Amalan Tahunan (APC) sahaja yang diluluskan Kementerian Kesihatan.

“Ini bermakna hanya doktor yang memiliki APC sahaja yang boleh dan berhak membuka dan menjalankan operasi klinik. Namun kerajaan masih boleh membuka klinik 1Malaysia seperti yang ada sekarang, tanpa dikendalikan oleh doktor bertauliah tetapi pentadbirannya mestilah di bawah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” katanya.

Dr Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu berkata, disebabkan kedua-dua kriteria itu tidak dipenuhi oleh Kementerian Kesihatan, ini menjadikan Klinik 1Malaysia adalah haram dari segi pentadbirannya.

“Saya berani mengatakan dari segi pentadbiran, Klinik 1Malaysia adalah haram dan tidak mengikut peraturan,” katanya.

Berikutan itu, katanya, tiada apa boleh dibanggakan dengan penubuhan Klinik 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah beroperasi di hampir setiap negeri.

“Apa yang nak dibanggakan jika hanya perlu membayar RM1 tetapi tidak dapat memberi perkhidmatan menyeluruh, terutama penyakit kronik yang memerlukan pembiayaan besar. Maknanya tidak juga dapat membantu golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, tiada apa boleh dibanggakan dengan Klinik 1Malaysia yang menghabiskan peruntukan RM10 juta,” katanya.

Dr Ismail berkata, Klinik 1Malaysia hanyalah boneka Najib untuk menjuarai rakyat selain berperanan sebagai agenda politik.

Menurutnya, sebelum wujud Klinik 1Malaysia, telah lama wujud Klinik 1Alor Mengkudu yang rawatannya setaraf klinik swasta untuk penduduk setempat.

“Saya telah lama memberi khidmat perubatan terutama kepada warga DUN Alor Mengkudu. Setiap Khamis, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu akan menjadi klinik 1Alor Mengkudu yang memberi rawatan sebagaimana di klinik swasta,” katanya.

Terdapat dua buah klinik 1Malaysia di Kedah, iaitu di Taman Kota Kenari, Kulim dan Bandar Puteri Jaya, Kuala Muda.

Karnival Pokok Sena: Malam Ni Malam Last

Malam ni.. jom pakat pi ramai di Kompleks PAS Pokok Sena.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.