Blogger Kedah : Ana Turut Serta.. Tapi Bila????


Blogger Perak berjaya mengadakan perjumpaan di Parit Buntar Perak pada 19 Februari 2010 yang lalu.

Bagaimana pula dengan blogger di Kedah.

Kelmarin saya sempat bercakap dengan Setiauasaha Akhbar YAB Menteri Besar Kedah, saudara Helmi Khaled berkaitan hal ini dan mencadangkan agar beliau dapat mengusahakan pertemuan ini jika tidak keberatan.

Exco Penerangan Kedah, YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib mungkin boleh menjadi pengerusi dan mengaturkan agenda majlis.

Pada hemat saya, Dato' Hj Mahfuz Omar, orang lama dalam penerangan peringkat kebangsaan boleh menjadi penasihat.

Selepas pertemuan pertama dan pelantikan jawatankuasa yang sepatutnya, jemputan boleh dibuat kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang menjadi blogger di Kedah dan saudara kita di Perlis.

Mungkin juga selepas itu Saudara Lutfi Othman dan Zulkifli Sulong boleh diminta pandangan atau untuk membentangkan input.

Selagi banyak bahan-bahan tempatan di Kedah boleh digunakan, komuniti blogger tidak seharusnya berdiam diri.

Kerajaan negeri perlu memainkan peranan kerana selama inipun kelihatan blogger bergerak tanpa bantuan apatah lagi pengiktirafan Kerajaan Negeri.

Jangan apabila sudah terantuk baru tergadah.

* http://alkerohi.blogspot.com

RAKYAT TERSEKSA... Tarif baru elektrik diputus esok


KUALA LUMPUR: Kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik esok, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

"Sekiranya Kabinet meluluskannya, akan terdapat kenaikan, tidak mungkin penurunan," kata beliau kepada pemberita pada majlis Tahun Baru Cina Tenaga Nasional Bhd di sini.

Mengenai peratusan kenaikan, Chin berkata: "Saya tidak boleh beritahu kerana mungkin esok Kabinet membuat keputusan lain."

Tanah Runtuh : 5 maut, 72 masih hilang di Indonesia


JAKARTA: Lima maut dan lebih 70 yang lain masih hilang selepas tanah runtuh di sebuah ladang teh di Indonesia menimbus sebahagian kawasan itu.

Pihak berkuasa negara itu, berkata tanah runtuh itu berlaku pada waktu pagi di daerah Bandung, selatan ibu kota Jakarta.

"Lima mangsa yang terbunuh ditemui dan 72 yang lain masih hilang, di mana 47 berada di ladang, 15 di pejabat dan 10 di kilang," kata pegawai Kementerian Kesihatan Bandung, Ahmad Kustiadi menerusi stesen radio, ElShinta. - AFP

Dana RM27.64b Beli Senjata - Kerajaan Singapura


SUNGAPURA 22 Feb. - Singapura merancang untuk membelanjakan AS$8.13 bilion (RM27.64 bilion) untuk kelengkapan pertahanan pada tahun ini, menurut data yang dikeluarkan oleh kerajaan republik itu di sini hari ini.

Peruntukan tersebut adalah peningkatan 0.1 peratus berbanding peruntukan untuk tujuan sama pada tahun lepas.

Tentera laut, udara dan darat Singapura akan menerima AS$7.77 bilion (RM26.42 bilion) untuk membeli dan menyelenggara kelengkapan tentera, menjaga kem dan membayar gaji.

Singapura mempunyai 4.99 juta pemastautin di mana 3.73 juta daripadanya merupakan rakyat dan penduduk tetap yang membekalkan sumber manusia kepada tentera Singapura melalui kerahan tenaga.

Republik berkenaan mempunyai satu daripada angkatan tentera dengan kelengkapan terbaik di Asia. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.