Pemuda UMNO Sasar 50,000 ahli 2010 (Ada mahu ka)


ALOR SETAR, 27 Jan (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno akan melipatgandakan usaha bagi memperkuatkan keanggotaan sayap itu, dengan mensasarkan lebih 50,000 keahlian baru sepanjang 2010.

Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, Megat Firdouz Megat Junid berkata pergerakan itu akan melancarkan Program Kempen Pendaftaran Ahli dan Daftar Pemilih peringkat nasional di Kedah untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertai Umno pada awal bulan depan.

Katanya Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, akan melancarkan program itu dengan gerak kerja dilakukan serentak di seluruh negara pada 5 Feb ini.

"Pemuda sasar dua kali ganda penambahan anggota berbanding tahun lepas dan bagi Kedah sahaja kita sasarkan antara 5,000 hingga 6,000 anggota Pemuda baru," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Pergerakan Pemuda Umno Kedah, di sini.

Megat Firdouz berkata Pemuda Umno akan mengadakan kempen di setiap kawasan bagi memastikan golongan muda sedar bahawa perjuangan Pemuda masih utuh serta relevan.

-- BERNAMA

MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN


SEMUA AHLI PAS CAWANGAN SIMPANG TIGA SEDAKA DIJEMPUT HADIR BERAMAI.

Apa Khabar Adik Syafira Mazlin


Masihkah anda ingat mengenai cerita Kanak-kanak cacat perlukan kerusi roda
SAYA PERLUKAN MAKLUMAT.... SILA MAKLUMKAN MAKLUMAT TERKINI ke alamat email sedakasejahtera@gmail.com

YAN, 12 Mei: Seorang bapa berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat membantu anaknya yang mengalami cacat anggota sejak dilahirkan untuk mendapatkan kerusi roda bagi memudahkannya bergerak dengan sempurna.

Bagi Zulaini Abdullah, 35 tahun, dia tidak mampu untuk membeli kerusi roda untuk anaknya itu kerana dia hanya bekerja sendiri seperti mengambil upah mengerjakan sawah dan membina rumah dengan pendapatan yang tidak seberapa.


“Sejak dilahirkan, anak saya iaitu Syafira Mazlin, tujuh tahun terpaksa duduk di wad Hospital Alor Setar selama tiga bulan kerana dilahirkan tidak cukup bulan,” katanya.

Menurutnya, semasa berada di rumah, Syafira Mazlin tidak boleh berjalan dan bersekolah seperti kanak-kanak yang lain dan hanya mampu berbaring dan tidur setiap hari.


Selain Syafira Mazlin, Zulaini Abdullah turut mempunyai dua anak lagi iaitu Salina Mazlin, 14 tahun yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17 dan Zulazri Sanzy, 10 tahun yang belajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka, Yan.

Beliau menjelaskan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Guar Chempedak turut menyalurkan bantuan sebanyak RM130 sebulan kepada Syafira Mazlin bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggungnya.
“Saya bersama isteri, Umi Kalsom banyak membantu Syafira Mazlin terutama ketika dia hendak makan dan minum,” jelasnya.

Zulaini berkata, sebelum ini dia ada meminta kepada JKM Guar Chempedak untuk mendapatkan kerusi roda tetapi tidak berjaya.

Bagi mereka yang ingin membantu keluarga Zulaini Abdullah, bolehlah menghubunginya di alamat, No.ST7B, Kampung Sedaka Tengah, 06900 Yan, Kedah atau melalui telefon: 017-5966904 atau melalui akaun Giro Bank Simpanan Nasional (BSN): 0212529000037263.

Jangan makan limau madu Thai


Pengguna di Malaysia dinasihatkan tidak membeli buah limau madu dari negara ini kerana ia dikesan mengandungi racun serangga Ethion yang berlebihan dan boleh mengancam kesihatan sehingga membawa maut.

Ketua Penolong Pengarah (Kesihatan Antarabangsa), Pejabat Kesihatan Pintu Masuk Rantau Panjang, Dr. Mahyin Abd. Hakim berkata, racun serangga tersebut dipercayai digunakan tanpa kawalan oleh petani di negara ini bagi mengelakkan buah limau madu itu rosak akibat serangan serangga.

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan racun serangga itu meresap ke dalam buah limau madu itu sebelum dipetik dan dipasarkan.

"Buah limau madu dari negara ini mula dikesan mengandungi racun serangga Ethion pada tahun lalu hasil kajian yang dilakukan ke atas sebahagian buah tersebut yang dieksport ke Malaysia," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.