Gambar2: Beginilah Jadinya Proton Prevé Pertama Terlibat Kemalangan Di Lebuhraya Duke...



Malang tidak berbau! Inilah Proton Prevé yang pertama mengalami kemalangan jalan raya sebentar tadi. Kejadian berlaku di leburaya DUKE, susur keluar ke Sentul. Menurut sumber yang dipercayai, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.


Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.

sumber gambar : forum.lowyat.net

Sila sebarkan maklumat ini!!! Terima kasih. 

* berhati-hati di jalan raya….

Sumber: funtastickodesign.wordpress.com 

Panas Berapi!!! Pelakon Zahida Rafik Akan Ambil Tindakan Undang2.. Apakah Tuduhan Beliau Terima RM1.5juta Dari Menteri Tidak Benar, Mengapa Menteri Nie Masih Membisu?? Jom Terjah!!!

Zahida Rafik.
PETALING JAYA: Pelakon Zahida Rafik yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang menteri kabinet akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan berhubung isu itu.
Zahida menerusi laman Twitter miliknya berkata, dia tidak akan berdiam diri dengan perkara itu dan telah pun berunding dengan peguamnya.
"Saya tidak akan berdiam diri kerana peguam saya sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu dan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Tunggu berita baik," ujarnya menjawab soalan peminat yang bertanyakan perkara itu di laman Twitter miliknya seperti dilaporkan The Star, Sabtu.
Antara entri yang dibalas Zahida kepada pengikut Twitter.
Sebuah portal dalam talian Rabu lalu melaporkan pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis mendakwa pelakon itu telah menerima wang tunai sebanyak RM1.5 juta dari seorang menteri dalam jangka masa empat bulan.
Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan laporan polis itu kepada pihak media.
Dalam laporan polis tersebut, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Zahida turut membalas setiap entri diterima daripada pengikut Twitter yang menuduhnya menerima bayaran seperti didakwa.
"Kesian bekas pemandu saya, tak ada cara lain nak buat duit, jadi dia buatlah fitnah macam ni. Moga Allah memberi rahmat kepada dia," kata Zahida.

Panas: Inilah Wajah2 Artis Malaysia Yang Seiras Dengan Artis Luar Negara... Jom terjah!!!

Mungkin kita tidak menyangka, artis tempatan kita terutama golongan wanita juga mempunyai kembar mereka sendiri.Tidak terlalu iras dari segi wajah mereka, namun boleh kita lihat penampilan dan gaya mereka yang hampir serupa.

Wajah Artis Malaysia Seiras Dengan Artis Luar Negara

- mynewshub.my

Perkahwinan Zara Shafruddin Di Gereja Sebenarnya Di Rahsiakan, Tetapi Akhirnya Kevin Rudd Membocorkannya Di Twitter!

Sekarang ini dalam internet ‘kecoh’ apabila seorang gadis Melayu dari Pulau Pinang dikatakan berkahwin dengan anak VVIP dari Australia di sebuah gereja. Melalui laporan akhbar, Nicholis Rudd, 26, anak kepada Kevin Rudd bekas Perdana Menteri Australia telah berkahwin di Gereja Anglikan St James ‘di King St, Sydney, bersama pasangannya Zara Shafruddin, 27.

Perkahwinan itu dirahsiakan sehinggalah bekas Perdana Menteri itu mengumumkan di Twitternya. Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Selepas majlis, pasangan itu telah menaiki limosin ke Catalina di Rose Bay untuk majlis Resepsi.

Pasangan itu bertemu pada majlis perkahwinan Jessica, anak sulung Rudd dan Rein isterinya di Brisbane Therese Mei 2007. Nicholas Rudd melamar Zara semasa percutian Easter di Republik Czech pada bulan April 2010. Zara berkata dia terkejut apabila Nick melutut dihadapannya.

“Saya tidak menjangkakan, tetapi saya tahu akan menjadi lebih bahagia. Bukan sahaja dia sangat bijak, pemurah tetapi juga baik hati, ,” kata Zara Shafruddin.
Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.