DUN Kuala Nerang Johan Zon 2 Kejohanan Liga Bolasepak Piala MB di Stadium Mini Hijau Kuning


Alor Setar - Kejohanan Liga Bolasepak antara DUN Piala MB diteruskan pada hari ini untuk zon 2. Bertempat di padang Kompleks Hijau Kuning, sebanyak enam DUN lagi mengadu kekuatan iaitu DUN Pedu, Kuala Nerang, Bukit Lada, Bukit Pinang, Derga dan Alor Mengkudu.

Permainan bermula seawal jam 8 pagi lagi yang akhirnya menemukan dua pasukan terkuat dipentas akhir, iaitu Kuala Nerang dan Bukit Lada.

Setelah bertarung lebih 90 minit masa permainan keudukan masih lagi tidak berpihak kepada mana-mana pasukan. Bermain dalam masa tambahan ternyata kedua pasukan sama kuat dan sama handal sehingga tamat permainan masih lagi terikat tanpa jaringan. Ini memaksa penentuan pemenang dengan sepakan penalti.

Menepati ramalan awal,akhirnya pasukan DUN Kuala Nerang muncul juara dengan aggregat 3-1.

Yb Ustaz Nasir Zakaria dan Yb Ustaz Izzat Shauki telah berada di padang sejak awal lagi untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Hadiah telah disampaikan oleh Yb Dr Ismail bin Salleh.

TPM Dinasihatkan Berehat Kerana Dehidrasi.. Letih Sangat Pemimpinku Ini... Nak Cuti Pun Kena Doktor Nasihatkan.. PRK Sibu Bagi PM Selesaikan..


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat kerana dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.

Setiausaha Akhbar beliau Datuk Ainon Mohd berkata Muhyiddin telah berehat di hospital sejak Khamis dan dibenarkan keluar hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata Timbalan Perdana Menteri akan kembali menjalankan tugas beliau minggu hadapan. - BERNAMA

*******************************************************

Najib Tiba Di Sibu

SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam ini untuk lawatan singkat ke bandar Sibu dan kawasan sekitarnya termasuk Kem Infrantri Briged Kesembilan, yang sebelum ini dikenali sebagai Rascom, di Jalan Ulu Oya, esok. Najib, yang diiringi oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, disambut ketibaannya di lapangan terbang Sibu oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalannya Tan Sri Dr George Chan, orang kenamaan negeri dan pemimpin masyarakat.

Beliau akan memulakan jadual padatnya dengan melawat bazar Sungai Merah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Perbandaran No 3 sebelum ke Kelab Kesatuan Melayu (MUC)di Kampung Bandong di sini.

Kemudian beliau menghadiri jamuan tengah hari di Kem Rascom dan menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada bekas anggota keselamatan Sarawak.

Konsep Rascom dibubarkan secara rasmi 15 tahun lepas selepas ia berjaya mencapai objektifnya memerangi komunis menerusi gabungan orang awam, polis dan tentera, yang diumumkan oleh bapa Najib dan Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Razak Hussein di Kuching pada Mac 1972.'

Perdana Menteri kemudian akan menyampaikan hadiah bagi satu kejohanan tempatan di Kelab Golf Sibu sebelum melawat Kolej Laila Taib di Jalan Airport Lama di sini untuk menyampaikan biasiswa kepada beberapa pelajar.

Beliau juga akan melawat tapak pembinaan bangunan baru SK St Mary di Jalan Awang Ramli Amit di sini.

Pada sebelah petang, beliau akan menghadiri majlis perasmian dan pelantikan jawatankuasa eksekutif pertama Sibu Culture Art Association di sini, yang diketuai oleh Presidennya Datuk Lau Cheng Kiong.

Najib akan mengakhiri lawatan seharinya, lawatan keduanya ke Sibu tahun ini, dengan Sesi Bertemu Rakyat di Dataran Bandaran Sibu, di mana Malam Kebudayaan Satu Malaysia diadakan.

Sementara itu, dalam program berasingan, Rosmah dijangka bertemu pemimpin wanita Barisan Nasional (BN) Sibu di Hotel RH di sini. - BERNAMA

TG HAJI HADI : Tegur Pemimpin Parti Biar Beradab



oLEH : Khairul Azlam


MARANG, 1 Mei: Ahli-ahli PAS diiingatkan agar beradab ketika menegur pemimpin parti dengan menggunakan saluran yang betul dan bukan di alam maya.

Platform seperti muktamar atau mesyuarat agung parti merupakan tempat yang paling sesuai ketika menegur atau memberi pandangan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata ahli-ahli PAS boleh memberi pandangan dan teguran kepada pimpinan parti tetapi mesti menggunakan saluran yang betul.

“Kita (ahli PAS) boleh beri pandangan, teguran dan nasihat kepada pimpinan parti tetapi atas platform yang betul.

“Kritikan kita bukan di blog atau di alam maya yang boleh dilihat oleh semua orang termasuk musuh-musuh Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kali ke-41 di Dewan Banat, Rusila, hari ini.

Menurutnya, kecenderungan manusia menggunakan kemudahan teknologi maklumat mendorong kepada kritikan terbuka melalui blog-blog di alam maya.

Akhirnya, kata Ustaz Idris, perbuatan tersebut boleh mengundang perselisihan serta perpecahan sesama sendiri di dalam parti.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Khairil Nizam Khairuddin dan Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

H1N1: Ketua Jurulatih, Rashid Sidek Disyaki Dalam Saringan Awal... Moga Cepat Sembuh...


KUALA LUMPUR: Hanya berbaki lapan hari sebelum kejohanan Piala Thomas bermula, suasana menjadi cemas dalam skuad kebangsaan berikutan masalah kesihatan yang dialami ketua jurulatih negara, Abdul Rashid Mohamed Sidek dan pemain beregu, Mohd Fairuzizuan Tazari.

Rashid dalam ujian saringan awal disyaki diserang virus Influenza A(H1N1), sehari selepas anaknya berusia 15 bulan disahkan positif virus itu.

Ketika ini beliau dikuarantin di hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.