tag:blogger.com,1999:blog-919611727719416179.post2324340669213901396..comments2024-01-16T17:00:10.965+08:00Comments on SEDAKA Sejahtera™: GEMPAR!!! (Gambar & Video) Penolong Jurulatih Dan Pemain T-Team Bersumpah Depan Al-Quran Di Hadapan Mat Said... Apa Kata UIA? Jom Terjah!!Unknownnoreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-919611727719416179.post-59815723786587256342014-02-11T10:12:28.177+08:002014-02-11T10:12:28.177+08:00al-Qur’an ialah perkataan Allah (kalamullah) dan i...al-Qur’an ialah perkataan Allah (kalamullah) dan ia bukan ciptaan (Allah). Perkataan Allah yang suci itu merupakan satu sifat dari sifat-sifat-Nya. Oleh kerana itu jumhur ilmuan, kecuali Abu Hanifah, berpendapat boleh bersumpah dengan al-Qur’an dan sumpah itu menjadi sah… Sementara itu tokoh Mazhab Hanafi yang mutakhir seperti Ibn al-Hamam dan al-Aini menguatkan pendapat jumhur membolehkan sumpah dengan al-Qur’an. (Demikian kenyataan Wahbah al-Zuhaili dalam) al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh, jld. 3, ms. 379.<br />Sesiapa yang bersumpah dengan mushaf al-Qur’an sementara yang dia maksudkan ialah perkataan Allah yang tertulis dalam mushaf itu, maka ia dibolehkan. Namun jika yang dia maksudkan ialah lembaran kertas yang tertulis (atasnya ayat al-Qur’an), maka ia tidak dibolehkan. Dan Allah sahaja yang lebih mengetahui.[15]<br /> Saya (Hafiz Firdaus) menambah, dalam suasana kebanyakan umat Islam masa kini yang tidak faham tentang sifat Kalamullah dan kaitannya dengan al-Qur’an, serta tidak tahu membezakan antara Kalamullah dan tulisan di atas al-Qur’an, maka adalah lebih selamat mereka tidak bersumpah dengan menggunakan al-Qur’an.PemerhatiAnakMudahttps://www.blogger.com/profile/06443460849440761572noreply@blogger.com