Nak Dapat Projek Punya Pasal Bekas ADUN Mengkibol Sanggup Berbohong

PUTRAJAYA 22 Julai – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Ng Kim Lai diarah membela diri di Mahkamah Sesyen Batu Pahat atas tuduhan membuat kenyataan palsu berhubung projek RM30,000 untuk sebuah persatuan yang tidak wujud.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Sheriff dan hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara menolak rayuan Kim Lai bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Muar ketika mengarahkan beliau membela diri.

Kes beliau ditetapkan untuk sebutan esok di Mahkamah Seksyen Batu Pahat.

Panel itu menerima bantahan awal oleh timbalan pendakwa raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak boleh dirayu kerana ia bukan keputusan muktamad.

Kim Lai, 63, didakwa pada 2005 dengan tuduhan utama di bawah Seksyen 11 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dua tuduhan ganti masing-masing di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Rasuah.

Bagaimanapun, pada 15 November 2006, Mahkamah Sesyen itu melepas dan membebaskan beliau dari semua tuduhan pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggil beliau membela diri.

Pada 23 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Muar membenarkan rayuan pihak pendakwaan agar kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk Kim Lai membela diri selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas semua tiga tuduhan terhadap Kim Lai.

Kim Lai merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu.

Bagi tuduhan utama, Kim Lai dikatakan telah membuat kenyataan palsu bagi mendapatkan satu kontrak untuk renovasi pejabat Persatuan Warga Tua Cina yang tidak wujud di pejabat MCA Kluang pada Oktober 2002. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.