BH Online hari ini melaporkan, pihak polis dan angkatan tentera tidak memandang enteng kesalahan tersebut dan akan mengesan individu yang disyaki melanggar PKPB.
▼
Tudiaa!!! PKPB: Polis Akan Ligan Sampai Ke Rumah Atau Kampung Jika Ingkar Rentas Negeri
Fuh!!! Kawariq Soup Bukit Besar Lazat - Pengerak Perniagaan Kreatif Beli Nasi Arab Dapat Talam Sekali
Mohamad Lutfi menunjukkan hidangan nasi Arab dalam talam yang
telah ditempah oleh pelanggannya
KREATIF dan cepat bertindak berjaya membantu pemilik Kawariq Soup, Mohamad Lutfi Mohamad Bakhi menjamin kestabilan bisnes makanan dan minuman (F & B) yang diusahakan di Bukit Besar, Kedah.
Beliau yang menjual sup kaki kambing sebelum ini tampil dengan menu baharu iaitu nasi Arab dalam talam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ramadan.
Perniagaannya mendapat perhatian ramai apabila usahawan berusia 25 tahun itu menjual nasib Arab kepada pelanggan dengan talamnya sekali.
Mohamad Lutfi berkata, dia melakukan cara tersebut kerana mahu mencari kelainan sebagai usaha untuk terus menjana pendapatan dalam waktu sukar.
“Saya mendapat idea menghidangkan nasi Arab dalam talam kerana saya tidak mempunyai restoran sendiri untuk menjalankan kerja-kerja pembungkusan.