Sebak dan pilu menyelubungi hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Jerai. Calon PAS Ustaz Sabri Azit tidak dapat mengawal perasaannya semasa memeluk ibunya, Hajah Aishah yang berusia 75 tahun di luar pusat penamaan calon di Dewan Dato' Madi, Jalan Pantai Murni Yan sebaik sahaja ibunya yang agak uzur turut sama hadir walaupun terpaksa berjalan kaki agak jauh.
"Dia adalah anak yang baik dan mempunyai ramai anak-anak murid dalam kawasan Jerai yang belajar dengannya. Mak Ndak berharap Allah swt beri kemenangan kepada PAS dan berharap dia berjaya!" kata ibunya.