Saya sedang sibuk dengan
persiapan Majlis Makan Malam Kompleks PAS Kedah sempena Muktamar PAS Kali ke 63
di dalam khemah murquee tent petang Kelmarin. Selepas itu keluar dari khemah
untuk masuk ke pejabat.
Melihat Khairul Nizar dan
keluarga sedang makan di khemah gerai tepi merquee tent dan jemput saya untuk makan
bersama. Tak lama kemudian Dato' Dr Hamdan juga bersama family sampai dan join
kami, kemudian datang pula Awang Salahuddin danBadrul Hishamdari unit kebersihan
duduk bersama sampai menikmati kotiew goreng dari food truck.
"PEMAIN datang
dan pergi, begitu juga jurulatih tetapi kecemerlangan pasukan perlu diteruskan
untuk penyokong yang setia bersama Kedah."
Itu komen bekas Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang
akhirnya dilepaskan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi memberi laluan
kepadanya menjawat jawatan penolong jurulatih skuad Harimau Malaysia.
Kata-kata semangat itu ditinggalkan Cheng Hoe kepada pasukan dan
penyokong skuad hijau kuning yang akan melayan kunjungan Terengganu dalam
separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman malam ini.
Pihak Panitia Muktamar
Tahunan PAS ke 63 melahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa bencana ribut
yang berlaku di Kompleks PAS Kedah sejurus selepas azan Maghrib dan mendoakan
kesejahteraan mereka.