“Kita tahu BN memiliki majoriti dalam Parlimen. Semua ahli parlimen BN wajib akan undi sokong untuk Bajet 2018 diluluskan,” kata ahli jawatankuasa PAS Pusat, Azman Ibrahim dipetik laman berita parti, Harakahdaily.
▼
Bajet 2018 : Mengapa PAS BERKECUALI?
TERSONTOT: Kronologi Penipuan Kopi Pak Belalang, Apa Sebenarnya?
Mari kita baca fakta dari Pseudoscience Watch (FB)
1. July 2016 ARBA dah mula pamerkan simptom tersontot, pulangan bulanan lambat dibayar.
2. September 2016, peserta ARBA 1.0 diarah untuk tukar polisi kepada ARBA 2.0 yang tidak lagi menjanjikan pulangan bulanan, tapi majoriti peserta tidak setuju.
3. Sebagai gula-gula untuk pujuk peserta tukar, peserta dijanjikan rebate 20% dari modal apabila tukar polisi ARBA 1.0 kepada ARBA 2.0 dan bayaran akan dibuat pada 22 December 2016.
4. Pulangan bulanan untuk December 2016 tidak dibayar, alasan yang Rozaini bagi ialah update system.
Wow!!! Kerajaan Kedah Umumkan Pemberian Khas RM2,000 Kepada Kakitangan Awam
ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian khas RM2,000 kepada kakitangan awam di Kedah, membabitkan peruntukan keseluruhan RM14 juta sebagai menghargai usaha dan tugas mereka.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, mengumumkan perkhabaran itu ketika membentangkan Bajet Kedah 2018 sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini.
Tular : (PANAS) Tujuh Pemain Skuad Lang Merah Disogok RM200,000 Perlawanan Akhir Piala Malaysia
ALOR SETAR: Beberapa pemain pasukan Kedah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini berhubung dakwaan rasuah, menjual permainan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Shah Alam pada 4 Nov lepas.
Tanpa memberitahu secara terperinci, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau menyambut baik tindakan yang diambil suruhanjaya berkenaan yang dilihat dapat mempercepatkan siasatan terhadap isu itu.
Al-Fatihah : Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia Di IJN
SHAH ALAM - Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid, 62, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6.10 petang tadi.
Menurut keluarga terdekat memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Institut Jantung Negara (IJN).
Tragedi Tahfiz: Akhirnya Kes Berjaya Diselesaikan Dalam Tempoh Singkat, TAHNIAH PDRM
PETALING JAYA: Ejek-mengejek membawa kepada niat untuk membakar
bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Sabtu malam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan
seramai tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan selepas siasatan rapi
dijalankan sejak Jumaat.
"Pihak polis berjaya menangkap tujuh orang saya boleh
mengesahkan kes ini selesai.
SAYU!!! Suasana Pilu Di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah
PETANG Jumaat yang pilu ini berakhirlah perjalanan 12 anak-anak
syurga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittiqiyah untuk bertemu dengan sang
Penciptanya.
Suasana mendung mengiringi pengebumian 12 jenazah anak-anak syurga
ini yang sebelum itu dibawa ke surau kuarters Hospital Kuala Lumpur untuk
dimandikan menggunakan kaedah tayammum kemudian dikafankan dan disembahyangkan
sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda,
Batu Caves Selangor.
TERKINI!! Kenyataan Media Ketua DPPM Mengenai Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
"TRAGEDI KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH :
PEMUDA PAS RAKAM TAKZIAH, LANCAR DERMA KILAT"
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini berkongsi kesedihan
dengan seluruh warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, Kampung Datuk
Keramat, Kuala Lumpur yang mengalami tragedi kebakaran awal pagi ini. Setakat
ini dilaporkan seramai 25 orang mangsa terdiri daripada pelajar dan tenaga
pengajar disahkan terkorban oleh pihak berkuasa.
2. Seluruh negara tentunya terkejut dan simpati dengan tragedi yang
menimpa anak-anak yang sedang menuntut ilmu ini. Pastinya ia satu ujian yang
sangat besar terhadap keluarga mangsa yang terlibat. Tidak ada kalimah dan
ucapan yang paling sesuai melainkan bersabar dan berdoa agar setiap kehilangan
ini diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT di kemudian hari.
3. DPPM memohon semua pihak agar mengelakkan sebarang kenyataan
berbentuk prejudis dan mengandungi persepsi negatif. Kita serahkan kepada pihak
berwajib untuk melaksanakan siasatan yang sewajarnya. Di pihak kami, satu
kutipan derma kilat dilancarkan segera bagi membantu meringankan beban sedikit
sebanyak mangsa yang terlibat.
4. Kepada mana-mana pihak yang igin menyalurkan derma melalui DPPM
boleh salurkan sumbangan melalui akaun Maybank 563019256220 atas nama DANA
PRIHATIN UMMAH.
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Memilukan: (Kemaskini) 23 Maut Dalam Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung
KUALA LUMPUR: Lebih 21 pelajar dan 2 tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.
SEDIH DAN SAYU: Jenazah Almarhum Sultan Kedah Selamat Disemadikan di Makam Diraja Langgar
Jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar, petang Selasa.
Almarhum Sultan Abdul Halim , 89, mangkat di Istana Anak Bukit,
Alor Setar pada pukul 2.30 petang Isnin selepas memerintah Kedah selama 59
tahun.
Jenazah Almarhum baginda disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana
Anak Bukit dari pukul 11 hingga 1.30 tengah hari bagi membolehkan rakyat dan
orang kenamaan memberi penghormatan terakhir.
FUHHHH... Nasi Lemak FREE Setiap Pagi Jumaat
Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi umat Islam. Justeru
itu, ramai yang mengambil peluang ini dengan bersedekah sambil beribadah pada
hari Jumaat seperti apa yang dilakukan oleh Ahli jawatankuasa (AJK) Masjid
Maasumiah, Sabak Bernam yang bersedekah nasi lemak setiap hari Jumaat.
Isu MEMALI: MB Ku Turut Bersuara...
ALOR SETAR - Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
untuk menyiasat peristiwa Memali bukan bertujuan menganiaya sesiapa, kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata, RCI itu akan hanya ditubuhkan jika terdapat
keperluan dan permintaan daripada mana-mana pihak termasuk waris mangsa.
"Orang boleh buat dakwaan macam-macam. Tapi isu ini, rakyat
yang minta penjelasan...bukan kita yang saja-saja rancang untuk kenakan
sesiapa.
TERBARU.. Dedah Audit 1MDB: Mahkamah Tinggi KEKALKAN Hukuman Penjara 18 Bulan Terhadap YB Rafizi
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan
dan hukuman penjara 18 bulan terhadap Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli
yang didapati bersalah mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development
Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak
rayuan Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden PKR, terhadap sabitan dan hukuman penjara
yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan pada 14 Nov 2016.
Azman bagaimanapun melepaskan dan membebaskan Mohd Rafizi, 40,
daripada sabitan dan hukuman penjara 18 bulan bagi pertuduhan memiliki tanpa
kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang
merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Terkini!!! Umat Islam Sambut Aidiladha Pada Jumaat 1 September 2017
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha
pada 1 Sept, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman
mengumumkan malam ini.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia
Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1438 Hijrah
ialah pada Rabu, 23 Ogos 2017.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi
negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 1 Sept
2017," katanya ketika mengumumkannya secara langsung menerusi Radio
Televisyen Malaysia (RTM), di sini hari ini.
-- BERNAMA
Akhirnya Tan Sri Isa Samad Letak Jawatan
FIC memberitahu Bursa Malaysia mengenai peletakan jawatan Isa, 67, selain pengarah bukan eksekutif Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, 54, dan Datuk Hanapi Suhada, 60, ekoran 'perubahan penama dari pemegang saham utama.
Punca Minuman Kordial RIBENA ditarik balik
KUALA LUMPUR: Minuman kordial kegemaran ramai, Ribena telah ditarik balik buat sementara waktu daripada pasaran.
Berdasarkan satu kenyataan media oleh syarikat pengeluar, Suntory Beverage & Food Malaysia, langkah ini diambil bagi menjamin kualiti produk mereka atas sebab-sebab teknikal.
Kesemua produk Ribena kordial pelbagai perisa dan saiz yang ditarik balik adalah yang bertarikh luput Mei hingga Ogos 2018, Februari hingga 8 Mac 2018 dan April hingga Mei 2018.
Berdasarkan satu kenyataan media oleh syarikat pengeluar, Suntory Beverage & Food Malaysia, langkah ini diambil bagi menjamin kualiti produk mereka atas sebab-sebab teknikal.
Kesemua produk Ribena kordial pelbagai perisa dan saiz yang ditarik balik adalah yang bertarikh luput Mei hingga Ogos 2018, Februari hingga 8 Mac 2018 dan April hingga Mei 2018.
Pemuda Umno Dakwa Kasut Dibaling Penyokong BERSATU, Benarkah?
Exco Pemuda Umno, Datuk Armad Azha Abu Anifah mendakwa kekecohan
yang berlaku di program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam semalam berpunca
daripada penyokong BERSATU sendiri.
Katanya berdasarkan video yang tular dan kenyataan daripada mereka
yang hadir, kekecohan bermula selepas individu bernama Fariz Hadi bertanyakan
soalan kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai tragedi
Memali.
Apa Cerita: "TRAGEDI MEMALI" Undang Adegan Baling Kerusi, Botol Air Cemar 'Nothing To Hide'
Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan
kepada Dr Mahathir mengenai tragedi Memali yang berlaku ketika zaman
pemerintahan bekas perdana menteri itu.
Gempar!!! Zahid Mat Arip Di Tahan SPRM, Apa Kesalahannya?
Bekas pegawai khas mantan Pengerusi Felda, Muhammad Zahid Md. Arip
direman berhubung kes pembelian Hotel Merdeka Palace oleh Felda Investment
Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.
Dia yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini
bagi membantu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Adoi..Gantung buaian bayi dalam gerabak MRT, Penumpang Ini Dikritik HEBAT...
Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) terkejut
dengan tindakan seorang ibu yang menggantung buai anaknya di dalam pengangkutan
awam itu.
Difahamkan, buaian itu didakwa disangkut pada senggayut
pemegang tempat berdiri di kemudahan terbabit, lapor Mstar Online.
Gambar tindakan pelik ibu kanak-kanak itu turut menjadi tular
di laman media sosial.
Sejarah Tercipta: Malaysia SAH Ke Pusingan Akhir Piala AFC B23.. Tahniah!!!
Malaysia mengesahkan tiket ke pusingan akhir Kejohanan Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) di China, Januari
depan, selepas muncul juara Kumpulan H pada pusingan kelayakan di Bangkok,
malam ini,.
Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee layak secara automatik
selepas mengalahkan Mongolia 2-0 manakala pencabar terdekat, Thailand, hanya
mampu seri tanpa jaringan dengan Indonesia.
PANAS!!! Siasatan Terhadap FGV : SPRM Panggil Tan Sri Isa Samad Dan Isteri
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad
(FGV) Tan Sri Mohd Isa Samad dan isteri akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam keterangan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pihaknya akan memanggil Mohd Isa tidak lama lagi, namun tidak memberi jangka masa tertentu.
VIDEO LIVE: Program Ihya Ramadhan 1438H Bersama Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias Al Hafiz
Program Ihya Ramadhan Tahun 2017/1438 H
Marhaban Ya Ramadan MBAS Bersama Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias Al Hafiz.
Pada 20 Jun 2017 ( SELASA) Jam 2.00 petang Bertempat di Dewan Besar Majlis Bandaraya Alor Setar (Tingkat 7 Bangunan City Plaza Alor Setar Kedah)
Anda semua muslimin muslimat dijemput untuk bersama-sama menghadiri majlis ilmu yang diadakan ini, InsyaAllah
Sama-sama kita peroleh ilmu yang bermanfaat disisi Allah.
LIVE: Tazkirah Ramadan Bersama Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Banyak ilmu dan perkongsian yang menarik untuk dikongsikan bersama. Walaupun banyak ilmiah tetapi banyak
juga gurau senda yang diselitkan dalam tazkirah ini.
Semoga perkongsian ini
bermanfaat dan agar sama - sama kita semua menjadi insan yang lebih baik.
Rakaman
Jom Ramai-Ramai Ke Majlis BERBUKA PUASA bersama Pasukan Lang Merah Petang Ini...
Majlis BERBUKA PUASA bersama para pemain Bola Sepak Negeri Kedah pada petang ini bertempat di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum.
Piala FA yang baru sahaja dijuarai oleh Pasukan Kedah pada tahun ini turut akan dipamerkan kepada orang ramai.
Tempah tempat anda sekarang dengan membeli kupon RM20.00 bagi mengisi Dana Pembangunan/Pengurusan Sekolah.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 04-771 5639 (Pejabat sekolah) atau 019-560 5088 (Ustaz Fauzi) / 014-394 5242 (Ustaz Hadi)
Jom Bersama...
Akhirnya Tan Sri Isa Lepas Jawatan Pengerusi FGV, Inilah Puncanya..
PUTRAJAYA - Tan Sri Isa Samad bersetuju untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dengan rela hati, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV baharu berkuat kuasa serta-merta.
Masya Allah!!! (Gambar) Gadis Parah Ditikam Bekas Kekasih Lepas Putuskan Hubungan..
ALOR SETAR - Hanya kerana tidak berpuas hati apabila bekas teman
wanita mahu memutuskan hubungan cinta, seorang lelaki tergamak menikam mangsa
dengan senjata tajam di tepi jalan Taman Serindit, Jalan Datuk Kumbar, Alor
Setar, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 7 malam, mangsa berusia 23 tahun berasal dari Kampung Alor Gandak, di sini, bertemu dengan suspek, 23, di lokasi kejadian bagi membincangkan soal hubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran.
Dalam kejadian 7 malam, mangsa berusia 23 tahun berasal dari Kampung Alor Gandak, di sini, bertemu dengan suspek, 23, di lokasi kejadian bagi membincangkan soal hubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran.
Fuhhh!!! Ustazah Secantik MODEL Curi Perhatian
Nor Farahain, yang juga merupakan guru subjek Pendidikan Islam di sebuah sekolah di Johor sering menjadi bualan palajar khususnya murid lelaki.
Menerusi gambarnya yang tular di media sosial, rata-rata netizen berpendapat bahawa dengan memiliki rupa paras yang cantik, ianya menjadi bonus kepada Farahain untuk menarik minat pelajar di dalam kelas.
BANGANG!!! Kritik Tangkap Ponteng Puasa, Menteri Dikecam Netizen...
Putrajaya: Desakan YB Khairy Jamaluddin (KJ) supaya penguatkuasa
agama di Malaysia tidak menangkap Muslim yang tidak berpuasa dan menumpukan
kepada kebajikan asnaf mendapat kecaman netizen. Menurutnya, jabatan-jabatan
agama perlu ditekan oleh masyarakat agar tidak menangkap orang-orang yang tidak
berpuasa di bulan Ramadan.
Tambah KJ lagi, adalah lebih penting untuk wang tersebut untuk
dibelanjakan membantu golongan asnaf dan membuat perkara yang baik berbanding
sekiranya digunakan untuk menangkap mereka yang ponteng puasa pada bulan
Ramadan. Ramai dari kalangan netizen menempelak KJ kerana tidak tahu membezakan
bidangkuasa antara jabatan agama bahagian penguatkuasaan dan jabatan agama yang
memberi fokus kepada kerja-kerja bantuan kebajikan.
Titah Sultan: Kenyataan Akhbar PAS Selangor Mengenai kedudukan Exco PAS
Isu 3 Exco PAS di Selangor: Akhirnya MB Azmin 'MENANG'.. PKR Makin Celaru La....
SHAH ALAM – PKR setuju dengan pendekatan Menteri Besar Selangor,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan tiga wakil Pas dalam Exco Kerajaan
Negeri.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Biro
Politik PKR yakin terhadap kepimpinan Azmin untuk terus menerajui Kerajaan
Negeri dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan
rakyat Selangor.
Wakil Rakyat PKR, Wong Chen Tak Puas Hati Cara Kerajaan Selangor Audit Pusat Khidmat, Apa Sebenarnya?
Menurut Wong Cheng, audit yang dijalankan pada Mac 2016 ke atas
perbelanjaan di pejabat beliau di Kelana Jaya pada 2014 dan 2015, dibuat tanpa
pengetahuannya.
"Perbendaharaan Negeri Selangor tidak cuba beritahu kami,
melawat pejabat atau mendapatkan penjelasan daripada kakitangan saya.
TuDia... Datang Solat Terawih dapat RM10.00 Kalau Mai Penuh Sebulan Dapat RM300.00, HEBAT SURAU NIE...
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Klebang Besar, Datuk Mohd Yusof Abu Hasan berkata, ia sebagai satu usaha untuk mengimarahkan surau berkenaan oleh kalangan anak-anak muda.
TERKINI!!! Dr. Zakir Naik Dapat Kerakyatan Arab Saudi..
Dr. Zakir merupakan individu dikehendaki di India kerana didakwa
membiayai aktiviti keganasan dan terlibat dalam pengubahan wang haram.
Menurut laporan Middle East Monitor, pendakwa berusia 51 tahun
itu meninggalkan India tahun lalu untuk mengelak daripada ditahan.
Subhanallah!! Jenazah Adik Thaqif Masih Elok Seperti Baharu Dikebumi Semalam...
SHAH ALAM - Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd
Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April lalu masih elok dan tidak berbau
ketika digali semula pagi ini.
Kisah itu dikongsikan bapa saudara Allahyarham, Mas Arip kepada
majalah Mingguan Wanita, hari ini.
Menurut perkongsian itu, jenazah Mohamad Thaqif perlu digali semula
oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi
mencari punca kematiannya.
Gempar!!! Dalam Majlis PM Najib Ada Selebriti Terkenal Ditampar, Memalukan.. (Video)
PUTRAJAYA: Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2015) pada
Rabu kecoh selepas pelawak Mat Over menampar produser filem David Teo di depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Insiden itu berlaku ketika majlis dialog berlangsung apabila David
dilihat mahu memberi pendapatnya dan pengacara Datuk Rosyam Nor membuka ruang
kepada produser itu selama satu minit.
David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis
sebagai moderator.
Insentif RM20,000 Setiap Pemain, Jika Skuad Hijau Kuning Menang Dalam Final Piala FA...
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan bonus buat pemain skuad hijau kuning jika berjaya menewaskan Pahang dalam final Piala FA, Sabtu ini.
Beliau yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menjanjikan insentif RM20,000 setiap seorang pemain jika mereka berjaya membawa pulang Piala FA ke Alor Setar.
Makin PANAS!!! PKR Arah Semua Lantikan Politik di Kelantan Letak Jawatan Serta Merta.. Apa Motifnya?
Dalam kenyataan yang dibaca Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan
Negeri Kelantan.
"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan
politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan
jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.
Terkini!!! Alhamdulillah.. Tuan Guru Presiden Selamat Jalani Pembedahan Ganti Injap Jantung
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini selamat
menjalani pembedahan mengganti injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN)
di Kuala Lumpur.
IJN dalam satu kenyataan ringkas berkata pembedahan selama tiga jam
itu diketuai oleh Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub dan kumpulannya.
“Ketika ini, Abdul Hadi ditempatkan Unit Rawatan Intensif (ICU) dan
keadaannya akan dipantau untuk beberapa hari akan datang sebagai rutin dalam
pembedahan bedah jantung.
Terkini!! Tuan Ibrahim Sahkan Memangku Tugas Presiden PAS Sehingga Pembedahan Selesai Dan Sihat
“Saya pangku tugas presiden buat sementara sampai sihat.
Pentadbiran dan pengurusan parti berjalan macam biasa,” katanya.
Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam satu
kenyataan hari ini berkata pemimpin berusia 69 tahun itu dijadualkan akan
menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di ibu negara, bermula esok.
Terkini!!! Tuan Guru Presiden PAS Jalani Rawatan Intensif Di Hospital, Doakan Kesihatan Tuan Guru...
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan intensif, Isnin.
Setiausaha PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata kemas kini mengenai perkembangan ahli Parlimen Marang itu akan dikeluarkan apabila diperlukan.
WoW!!! Pelakon Ashraf Muslim Diapit DUA Isteri Ke Malam ABPBH 3.0
Ashraf diapit kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan
Sakinah Wan Saburi ketika melintasi karpet merah.
Makin PANAS!!! 3 Exco PAS Di Selangor Lepas Jawatan, Benarkah?
KUALA
LUMPUR:
Jawatankuasa Pas Pusat masih belum menerima sebarang surat daripada pejabat
Menteri Besar Selangor berhubung permintaan kepada tiga Ahli Dewan Undangan
Negeri untuk melepaskan jawatan Exco.
Malah,
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan turut meragui tindakan Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali yang tidak menyatakan pendirian rasmi.
Lang Merah Terbang Tinggi: BERTEMU PAHANG DI FINAL PADA 20 MEI 2017... (Gambar & Video)
PETALING
JAYA: Pasukan
Kedah menempah tiket ke final Piala FA 2017 selepas menewaskan Terengganu 3-0
pada pusingan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Kuala Terengganu malam Sabtu.
Skuad
Lang Merah itu menang dengan agregat 4-0.
Pasukan
tuan rumah cuba memadam defisit jaringan tewas 0-1 pada aksi separuh akhir
pertama menerusi percubaan Lazaro Vinicius tetapi tersasar.
Kedudukan Tiga EXCO PAS di Selangor.. Ini Kata Timbalan Presiden PAS...
PETALING
JAYA: PAS
mungkin terpaksa akur jika benar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali meminta tiga exconya melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri.
Timbalan
Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun belum mendapat
maklumat lengkap, beliau maklum bahawa pelantikan exco terletak di bawah bidang
kuasa Sultan.
"Bagi
PAS, kita akur sebab pelantikan exco ini di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor
(Sultan Sharafudin Idris Shah).
Keputusan MSU: Tahaaluf Siyaasi PAS dan PKR Batal - Ini Kenyataan Rasmi PAS Selangor
PAS Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah memutuskan bahawa hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.
Oleh hal yang demikian PAS Selangor tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR dan sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Terkini!!! Pasaraya Giant Di Ipoh Terbakar..
IPOH: Pengunjung pasaraya terkemuka
Giant cawangan Bandar Sunway Ipoh di sini mengalami detik mencemaskan apabila
satu kebakaran berlaku di dalam pusat membeli-belah tersebut petang tadi.
Dalam kejadian sekitar 3:30 petang
itu, suasana menjadi tegang dan kecoh apabila orang ramai mula menjerit dan
memberikan amaran mengenai kebakaran yang berlaku di bahagian rak tuala
pasaraya itu.
Akhirnya.. MSU Umumkan Tahaluf Siyasi PAS Dengan PKR Kini SAH Terbatal
Majlis Syura Ulama (MSU) hari ini menerima usul dibawa dalam
muktamar PAS lalu bagi memutuskan bahawa tahaluf siyasi mereka dengan PKR
terbatal.
Perkara itu diumumkan setiausaha MSU, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.
"Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa dengan merujuk begitu
banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi, maka hubungun politik telah
terbatal," kata Nik Zawawi.
Terkini!!! Murid 12 Tahun Ditemui Mati Tergantung Di Dapur Rumah, Apa Puncanya?
JOHOR
BAHRU 11 Mei - Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cahaya Baru, Pasir Gudang
ditemukan mati tergantung di rumahnya di Felda Cahaya Baru, Masai dekat sini
semalam.
Ketua
Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abdul Aziz berkata, mayat mangsa
yang berusia 12 tahun ditemukan dalam keadaan tergantung pada bahagian dapur
rumah kira-kira pukul 5.30 petang.
MEMALUKAN!!! CEO Zakat Pulau Pinang Direman SPRM, Nama & Gambar2 mereka Didedahkan...
GEORGE
TOWN – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Dr. Azman
Abdul Samat bersama tiga pegawai kanannya dan tujuh kontraktor ditahan reman
selama tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri
semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dan rasuah wang dana
organisasi itu semalam.
Azman
yang berusia 50 tahun diberkas di pejabatnya di Bandar Perda, Bukit Mertajam,
Seberang Perai Tengah pada pukul 10.40 pagi manakala yang lain dipercayai
ditahan di beberapa lokasi berasingan di negeri ini dalam operasi Ops Miskin.
Allahu Akbar!!! Pengantin Meninggal Dunia 30 Minit Sebelum Nikah
PALEMBANG: Tiada siapa yang pernah meminta
majlis akad nikah yang dirancang, bertukar menjadi satu majlis pengebumian.
Namun
itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga di Palembang, Indonesia, apabila
pengantin perempuan, Elsa Putri Julita, 20, meninggal dunia hanya 30 minit
sebelum akad nikah dijadual berlangsung.
Segalanya
bermula apabila Elsa yang sepatutnya bernikah dengan pasangannya, Darmadi, 19,
pada Ahad, mengadu sakit di bahagian dada dan sesak nafas.
Tidak
lama kemudian dia rebah, namun masih dalam keadaan sedar. Ketika itu akad nikah
akan bermula dalam masa dua jam.