PETALING JAYA: Pemilik syarikat D’Herbs Holding (M)
Sdn Bhd (D'Herbs) Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengakui kecewa kerana
tidak dimaklumkan lebih awal mengenai keputusan Persatuan Bola Sepak
Kedah (KFA) menolak tajaannya bernilai RM30 juta.
"Jujur sebenarnya saya amat kecewa kerana pengumuman dibuat secara
tiba-tiba, tanpa pengetahuan saya langsung!," katanya menerusi kenyataan
dalam laman Facebooknya pada malam Rabu.
Jofri JaraieePas
Negeri Sarawak menyatakan pendirian tegas bahawa parti itu sama sekali
tidak akan bergabung atau menyertai Barisan Nasional (BN) Negeri
Sarawak.
Pesuruhjayanya Jofri Jaraiee berkata Pas negeri itu akan tetap berada
di posisi rakyat memperjuangkan nasib, hak serta tuntutan warga Bumi
Kenyalang ini.
"BN Sarawak selaku parti komponen yang telah memerintah negeri ini
lebih 50 tahun ternyata gagal membela dan mempertahankan kepentingan
negeri dan rakyat Sarawak secara menyeluruh.
"Hasil dan kekayaan Sarawak diambil dan dimiliki bukan peribuminya,
bahkan majoriti rakyat negeri ini hidup dalam kedaifan yang
mendukacitakan termasuk tanpa kemudahan dan infrastruktur asas.