Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Tan Sri
Muhyiddin Yassin beliau mungkin akan terus dibuang daripada Umno sekiranya
masih terus "merosakkan parti".
Setiausaha agung Umno itu berkata, Muhyiddin gagal melaksanakan tugasnya
untuk membantu Datuk Seri Najib Razak yang menjadi punca kepada
penggantungan jawatannya yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT)
semalam.