Tan
Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hari ini bekas peguam negara Tan Sri Abdul
Gani Patail memberitahu derma RM2.6 bilion di dalam akaun Datuk Seri Najib
Razak merupakan 1 perbuatan jenayah.
Bekas timbalan
perdana menteri itu berkata, lebih menghairankan, walaupun yang didakwa
melakukan kesalahan ialah Najib, Umno menggantung keahliannya.
"Mengenai wang
yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya
diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara sendiri beserta dengan
buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!