SABAK BERNAM: Tindakan tegas
perlu dikenakan terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin
Yassin kerana masih terus 'menyerang' presiden parti. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau
akan mencadangkan pada mesyuarat majlis itu minggu ini supaya Muhyiddin
digantung kerana tindakannya itu.