DAP sekutu Pakatan Rakyat terus memulaukan perasmian Muktamar PAS Ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor tanpa menghantar sebarang wakil.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang akhbar selepas perasmian diminta wartawan supaya mengulas keputusan berkenaan.
KUALA SELANGOR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan wujud pemisah di antara golongan ulama dan profesional dalam parti itu.
Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua golongan tersebut sama-sama berganding bahu menubuhkan dan menggerakkan Pas sehingga hari ini.
“Golongan profesional adalah tenaga yang sangat penting dalam parti. Sebagaimana pentingnya golongan ulama dan aktivis parti.