Minggu lepas negara dikejutkan dengan sebuah video pengganas yang
dikatakan mahu menyerang mahkamah ekoran tidak berpuas hati dengan
sistem pentadbiran negara.
Terbaru sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka sebagai Anak
Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) tampil dengan ancaman bunuh melalui
sebuah video.
Jika sebelum ini foto Nora Danish dipaparkan sepanjang video tersebut, kali ini Jaafar Onn pula. Dah kenapa?
Kenapa Jaafar Onn?
Usaha memohon pengampunan adalah langkah terakhir untuk membebaskan
Anwar selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan
bagi membatalkan sabitan dan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat
bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Permohonan pengampunan juga akan menyebabkan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dapat mengumumkan kekosongan kerusi
Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar sehingga selesai proses
pengampunan.