Muktamar PAS yang akan diadakan buat pertama kalinya di Johor pada 18 hingga 20 September ini di jangka panas susulan krisis pelantikan menteri besar Selangor yang masih bergolak sehingga sekarang. PAS akan mengadakan muktamarnya tahun ini di Taman Sutera Utama, Skudai. Borang pendaftaran media mula diedarkan kepada wartawan pada sidang media di Pejabat Agung PAS Isnin lalu.