PETALING JAYA: Program solat hajat perdana, Khamis ini bukan sebagai tanda sokongan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebaliknya untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Mengakui ia amalan yang biasa dilakukan, katanya, penganjuran program itu bukan semata-mata untuk memastikan Khalid dapat mengekalkan jawatan yang disandangnya itu.