Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik peletakan jawatan dalam Umno selepas beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak saling meminta maaf.
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat peletakan jawatan beliau daripada Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kepada beliau.
Ahmad berkata kepada pemberita di kediamannya di Kemaman, tindakan itu berpunca daripada salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak perempuannya yang akan berlangsung 17 Mei ini.