Status Facebook Wardina yang memaklumkan tindakannya bertanya sendiri kepada penceramah Don Daniyal bagi mendapatkan pengesahan butir ceramah yang dikatakan tidak berlandaskan Al Quran dan sunnah.Selebriti, Wardina Safiyyah mengkritik penceramah agama terkenal Don Daniyal apabila mendakwa kandungan ceramah yang disampaikan tidak sahih dan terlalu taksub pada kisah mistik serta tidak berpandukan pada Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.
Wardina yang juga merupakan ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) menggesa kerajaan menyiasat kandungan ceramah tersebut kerana khuatir masyarakat Islam disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan.
"Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran," katanya yang dipetik melalui laman Facebook, Wardina Safiyyah Official Page.