4.15pm Wan Azizah beredar dengan sebuah motosikal untuk meminta pengundi keluar menunaikan tanggungjawab. Pusat pengundian akan ditutup dalam masa kurang satu jam.4pm Tinjauan terbaru menjangkakan PKR menguasai 53 peratus sokongan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berbanding BN dengan hanya 32 peratus.
10.27am SK Kantan Permai - Calon PKR Dr Wan Azizah Sampai Wan Ismail sampai di pondok panas PKR yang terletak kira-kira 150 meter daripada pusat mengundi.
Beliau sempat bergambar dengan penyokong yang melaungkan "Reformasi".
Manakala penyokong BN pula melaungkan "Tolak Kak Wan" dan "Tolak PKR" sewaktu Wan Azizah bersalaman dengan penyokong Pakatan dan kenderaan lalu lalang di situ.
Kedengaran juga seorang penyokong Tiong Hua yang bersalaman dengan beliau berkata: "Kita sudah menang".
Wan Azizah menyambutnya dengan senyuman. Beliau kemudiannya terus menuju ke pusat pengundian SK Kantan Permai.
MALAYSIA akan bertemu Australia pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-23 buat kali kedua berturut-turut di Stadium Sultan Azlan Shah di sini, esok.
Walaupun kalah 6-2 kepada Australia pada aksi akhir pusingan awal di sini, malam ini, Malaysia menempah slot final dengan perbezaan jaringan berbanding juara Asia, Korea Selatan.
Australia menamatkan kempen pusingan awal dengan rekod bersih dalam lima perlawanan untuk mengumpul 15 mata manakala Malaysia dan Korea Selatan berkongsi 10 mata.
Gambar dan punca Nicol David menangis tewas mengejut - Pemain skuasy wanita nombor satu dunia, Nicol David menerima kejutan hari ini apabila tewas mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Mesir, Nour El Sherbini dalam peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di Arena SPICE.
Meskipun bermula dengan langkah kanan pada awal permainan dengan menang set pertama 11-4 namun akibat hilang fokus, Nicol membenarkan lawan mengawal perlawanan sehingga tewas tipis 3-2 dalam tempoh 61 minit.