Alhamdulillah (Gambar2) Ustaz Don Sudah Bergelar Bapa.. Tahniah!!!

Tahniah diucapkan buat pendakwah dan penyampai rancangan kuliah interaktif  30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid malam tadi telah menjadi seorang bapa.

Berita gembira itu dikongsikan Don Daniyal atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Don menerusi laman sosial Facebooknya.

Ustaz Don berkata, bayinya itu telah selamat dilahirkan pada jam 10.25 malam tadi waktu Malaysia dengan berat 3.5 kilogram.