Tangisan hiba seorang pemimpin berjiwa rakyat.
Ketika bacaan doa Dato Husam Musa P-125 Putrajaya, beliau tidak mampu lagi menahan sebak mengalirkan air mata sambil ditenangkan beberapa orang pengiring beliau.
Allahuakbar...!
Senarai Penuh Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 - Penamaan calon bagi semua negeri telah pun berlangsung secara rasminya pagi tadi. Pelbagai kejutan berlaku seperti perletakan Datuk Kamilia Ibrahim selaku Naib Ketua Wanita Umno dan bertanding atas tiket BEBAS.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan (DUN) Sungai Limau dicabar tiga calon termasuk seorang ahli Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei ini.
Selain calon Barisan Nasional (BN), Fazillah Mohd. Ali, kerusi itu turut ditandingi dua calon bebas yang masing-masing anak tempatan iaitu bekas Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Sobri Ahmad, 49, dan ahli Pas Sungai Limau, Abdullah Hashim, 49.
PUTRAJAYA: Calon BN Putrajaya, Datuk Tengku Adnan Mansor yakin, calon PAS Datuk Husam Musa akan hilang deposit dalam pilihan raya kali ini.
Calon Bebas Parlimen Tanjong Karang P095, Masron Tamsi atau Herman Tino bersama Datuk Seri Noh Omar di Pusat Penamaan Calon Dewan Datuk Hormat, Tanjong Karang.
- Foto Roslin Mat Tahir
Mengejutkan, tetapi sudah dijangka.
Calon Umno, Che Johan Che Pa gagal mengemukakan kertas pencalonannya mewakili BN setelah tamat proses penamaan calon sebentar tadi.
Dia langsung tidak kelihatan ketika ratusan penyokong Umno sudah bersedia mengiringinya ke pusat penamaan calon di dewan Pejabat Tanah dan Daerah Pasir Mas.
KUALA LUMPUR: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek (gambar) ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.
Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, petang tadi.
Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.
Cam gampang.
Cakap belit2. Mula2 nak bertanding. Siap cabar blogger pr suruh lawan najib kat pekan. Then siap minta derma. Konon untuk lawan dsai di permatang pauh. Last2 batal. Apa pun takde. Dah tu pulangkan la balik seme duit2 derma tu.
ALOR SETAR - Sebanyak 355 set borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah dijual oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Kedah sehingga semalam.