Saiful Bukhari Azlan meminta ayahnya, Azlan Mohd Lazim kembali ke pangkal jalan kerana didakwanya "telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim".
Beliau membuat kenyataan itu dalam satu sidang media sebentar tadi selepas bapanya pagi tadi memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR itu selama ini satu konspirasi politik."Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya," kata Saiful.
"Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan hingga akhir hayat," katanya sambil menambah beliau telah memaafkan bapanya.
PERSATUAN Bola sepak Malaysia (FAM) hari ini mengenakan hukuman gantung enam bulan dan denda RM18,000 ke atas Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tunku Ismail Tunku Ibrahim kerana melanggar Artikel 88 badan itu.
Tunku Ismail didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang disifatkan menentang dan menjatuhkan kredibiliti FAM.
Akhirnya kebenaran terserlah jua.. dan terbukti apa yang disebarkan dan dipersembahkan oleh media-media tunggangan UMNO termasuk Blogger upahan mereka, tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim adalah fitnah semata-mata...
Dalam satu sidang media tertutup, Bapa kepada Saiful Bukhari mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri..
KUALA LUMPUR, 8 Mac - Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut. Azlan Mohd Lazim (picture), 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi mengemukakan notis saman ke atas Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) kerana mengaitkan dirinya sebagai dalang terhadap pencerobohan puak bersenjata di Lahad Datu, Sabah.