▼
LIVE Dari Parlimen: (Gambar2) TS Pandikar Amin Dipilih Semula Yang di-Pertua Dapat Majoriti 44 Undi Kalahkan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.. Jom Terjah!!
Aturan Urusan Mesyuarat hari ini:
1. Proklamasi memanggil Parlimen bermesyuarat.
2. Memilih Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
3. Ahli-ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah.
4. Memilih 2 Timbalan Yang di-Pertua
5. Usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan lalu lalang kepada Ahli-ahli Dewan.
Perdana Menteri mengemukakan nama Pandikar Amin sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sementara Tan Sri Khalid Ibrahim dari pembangkang mengemukakan nama Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Yang di-Petua Dewan.
Justeru undi bersurat akan dilaksanakan.
Tan Sri Pandika Amin Mulia dipilih semula sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat selepas mendapat 133 undi.
Sementara calon pembangkang, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan mendapat 89 undi.



No comments:
Post a Comment