Hijrah Kelas: Safee Sali perintis
Penyerang kebangsaan Mohd Safee Mohd Sali
KEPUTUSAN Safee Sali berhijrah ke kelab Indonesia, Pelita Jaya, tahun lalu, bagaikan membuka langkah untuk pemain negara ini bermain secara profesional di luar Malaysia.
Biarpun mulanya dipandang sinis sebahagian pemerhati yang melihat usaha Safee sebagai terkebelakang kerana memilih negara jiran yang mutu permainannya tidak jauh berbeza berbanding liga tempatan.
Tetapi, jangan kita silap kerana beraksi dengan liga luar mampu meningkatkan daya permainan di samping berdepan pemain bertaraf bintang, sekali gus menyuntik semangat motivasi tambahan buat pemain.
Selain Safee, pemain berbakat Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor pula berkelana ke Liga Portugal, SC Beira-Mar selepas memperagakan kualiti berkelas dunia ketika beraksi di Liga Singapura, musim ini.