Menurut Ketua Bahagian Telefon Mudah Alih, Vincent Chong Weng Kai, berkata sasaran itu boleh direalisasikan berdasarkan sambutan menggalakkan peranti pintar generasi pertama dalam pasaran tempatan sebelum ini.
“Kami menjangkakan jualan telefon pintar baharu itu akan meningkat tiga kali ganda berbanding Galaxy Note generasi pertama,” katanya pada pelancaran Galaxy Note II.