Anggota Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman dituntut membuktikan
dakwaannya bahawa peserta perhimpunan membantah projek petrokimia di
kawasan itu pada 30 September lalu dibayar RM30 seorang.
"Kita menuntut supaya Azalina mengemukakan bukti dengan tuduhan
berkenaan, kalau tidak, tarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepada
seluruh rakyat Malaysia," tuntut gabungan 30 NGO yang mengelarkan diri
mereka "Johor Yellow Front".
Azalina kelmarin berkata di Parlimen, orang
ramai, yang kebanyakannya didakwa orang luar, hadir ke perhimpunan itu
kerana setiap peserta dibayar RM30.
Tengku
Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin
Shah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Foto dan Video -Buletin Online
3 Oktober lalu Lidah Rasmi UMNO @ Utusan telah melaporkan, Ibrahim Ali mendakwa Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.
Ini kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung.
Kata Ahli Parlimen Pasri Mas itu lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.