Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu. Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.
Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu.
MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menolak dakwaan
jamuan perkahwinan anak lelakinya diadakan secara mewah. Ketika
dihubungi, Mohd Ali yang sedang dalam lawatan kerja ke Indonesia berkata
beliau tidak boros.
"Adakah murah untuk menganjurkan majlis? Majlis perkahwinan itu dilihat
gah kerana jumlah mereka yang hadir adalah ramai," katanya.
Sementara itu, pegawai khas kepada Mohd Ali, Datuk S.
Mahadevan berkata orang ramai hadir pada majlis itu kerana mereka mahu
memberikan ucapan tahniah kepada pengantin lelaki, Mohd Ridhwan, 26 dan
isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, 26.
Datuk Mustafar Ali, Pengarah SPRM
Seorang anggota panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Salahudin Ayub berkata sebanyak enam kertas siasatan dibuka ke
atas seorang "ketua negeri" berhubung dakwaan rasuah sebelum ini.
Namun,
pendakwaan terhadap "tokoh popular dan memiliki harta yang banyak" itu
tidak dapat dibuat kerana kelemahan peruntukan undang-undang bawah Akta
SPRM 2009, kata MP PAS itu tanpa menamakan individu tersebut.
Kerajaan Kelantan berhak membatalkan perjanjian antara kerajaan negeri
itu dengan Petronas yang dibuat pada 1975 dan mengambil semua platfom
minyak yang diusahakan syarikat petroleum dan gas itu, kata Pengerusi
Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk
Husam Musa.
Beliau berkata, berdasarkan pengisytiharan
undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1974, Petronas telah melanggar
peruntukan perlembagaan persekutuan yang ditetapkan kepada setiap negeri
berdaulat.
"Mahkamah
dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu
sebelum merdeka. Tapi status kedaulatan negeri telah wujud. Akta
(Pembangunan dan Petroleum) 1974 jika ditafsirkan telah mencabar
kedaulatan negeri.