ANGGOTA polis memeriksa sebuah van keselamatan yang terlibat dalam kejadian samun dan bunuh di Taiping semalam.
TAIPING – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya
menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya
berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap
bersama wang lebih RM1.2 juta semalam.
Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar
raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat
terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati
di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu
kanan dan betis kiri.