KAMI difitnah! Itulah hujah dua tonggak Terengganu, pemain tengah,
Ismail Faruqi Asha’ri dan pertahanan, Muslim Ahmad yang didakwa membawa
masuk perempuan ke bilik hotel penginapan mereka di Alor Setar pada awal
pagi hari perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia menentang Kedah, Selasa
lalu.
Menurut Ismail Faruqi, 25, laporan disiar di dada akhbar harian itu
satu pembohongan dan dia bercadang mengambil tindakan undang-undang ke
atas kedua-dua akhbar itu.
“Berita itu menggambarkan kami tidak bermoral sedangkan kami tidak bersalah kerana tidak seorangpun perempuan masuk ke bilik kami sepanjang berada di Alor Setar.