SHAH ALAM - Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
SHAH ALAM - Dua barang peribadi berupa telefon bimbit dan komputer riba bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas oleh polis Johor, semalam.
Dalam mesej Twitternya pagi tadi, Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, memaklumkan telefon bimbit dan komputer ribanya diambil polis Johor ketika serbuan dibuat di tiga pejabat operasinya dan kediamannya di Sungai Rokam, Ipoh.
Dalam mesej yang dipaparkan kira-kira jam 11.46 pagi itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut memaklumkan bahawa dua pejabat khidmatnya masing-masing di Bukit Gantang dan Manjong diserbu.
Mil Mi ialah syarikat helikopter Russia yang
membina helikopter terbesar di dunia iaitu Mil
Mi 26 Halo. Helikopter ini mampu mengangkut kargo seberat 20 000 Kilogram ataupun 90 orang penumpang. Helikopte ini juga terkenal
kerana ia digunakan dalam operasi kecemasan letupan loji janakuaasa nuklear
Chernobyl. Mil Mi 26 dibina di Rostov-on-Don dan didalam kilang yang sama
helikopter tempur Mi-24 dan Mi-28 juga dipasang. Mari kita lihat rupa didalam
kilang ini di bawah.
Seniman, Datuk Aziz Sattar, 87, menafikan beliau kini dalam proses bercerai dengan isterinya, Datin Hashimah Delan, 54, seperti dilaporkan sebuah portal hiburan, semalam.
Beliau yang ketika ini berada di Sabah atas urusan kerja, ketawa ketika ditanya mengenai status perkahwinannya itu.
"Hubungan kami masih baik dan tidak ada masalah. Itu semua (berita penceraian) hanya khabar angin dan kami masih bahagia sehingga sekarang.
"Saya harap tiada pihak yang mempercayai khabar angin tersebut dan lebih baik mereka doakan kebahagiaan saya dan keluarga," katanya kepada Sinar Harian.
Tanda-tanda seminggu
yang panas di Sabah mungkin akan menjadi kebenaran, Najib terpaksa ke Sabah
hujung minggu kerana keadaan bergolak politik Sabah ketahap Gaban. gua... macam
tak percaya, tapi terpaksa memaksa hati ini mempercayai bahawa ini adalah
petanda umno hampir nak berkubur. Syabas menteri kerana berjaya melepaskan diri
dari terus terjebak dalam kumpulan bodoh dan bergelumang dengan
rasuah.
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua
Cawangan Umno Kerambai Kebatu. Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada
Majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu lalu.
"Surat
peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada
Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu."Langkah pertama tidak akan
pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan
Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada
portal berita New Sabah Times pada Isnin.
Itali mengiringi Sepanyol ke suku akhir selepas kedua-dua pasukan mengalahkan lawan masing-masing dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan C Euro 2010, awal pagi ini.
Skuad 'The Azzuri' bimbingan Cesare Prandelli menewaskan Ireland - yang sudah pun terkeluar daripada saingan - dengan jaringan 2-0 di Stadium City, Poznan, Poland.