Pengasas Produk Kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, 37, mendapatkan khidmat nasihat Baitulmal kerana tertekan akibat isu status jantinanya yang menjadi perhatian media sejak dipaparkan di akhbar.
Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pihaknya berjaya memujuk Sri Wani merujuk Pegawai Guaman Syarie dalam menangani isu dihadapinya.
“Sri Wani hampir beralih ke agama asalnya akibat tertekan dengan keadaan berlaku terhadap dirinya selama tersebar isu itu,” katanya.
Khairul Anwar berkata, pihaknya memohon agar Baitulmal dapat beri bantuan seperti kaunseling mahupun kewangan supaya meringankan beban saudara baru ini.
KUALA LUMPUR: Ahli
Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersedia mendedahkan 'lebih banyak'
rakaman video membabitkan 'penglibatan' Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah,
Zamil Ibrahim dengan isu 'pembelian' ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Timbalan
Pesuruhjaya PAS Selangor itu, berkata pihaknya memang merancang untuk
mendedahkan baki rakaman video terbabit, termasuk seorang lagi 'agen'
yang turut wujud dalam rakaman tersebut.
"Tiada masalah, kita
memang ada rancangan untuk mendedahkan keseluruhan rakaman tersebut.
Malah, kita juga akan dedahkan tentang seorang lagi yang ada dalam video
tersebut," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau
berkata demikian sebagai menyahut cabaran yang dikemukakan Zamil yang
meminta beliau mendedahkan lebih banyak rakaman video berkenaan isu
tersebut.