Seorang wanita Penan telah melahirkan bayinya di tepi jalan dekat kampung Cina, Marudi. Wanita itu tidak mampu lagi menahan kesakitan untuk bersalin semasa perjalanan ke Hospital Marudi pada jam 6 pagi.Wanita itu memberitahu bahawa bayi yang dilahirkannya adalah yang ke-9.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi pihak Hospital Marudi. Bayi itu selamat dilahirkan selepas bantuan dari 2 orang jururawat dan dibawa ke Hospital menggunakan ambulans dan ditemani suaminya.
alhamdulillah selamat.
ReplyDelete