“Saya kasihankan isteri yang sedang mengandung, jadi sebab itu orang tidak melihat saya bersamanya kerana saya kurang mengajak dia ke majlis-majlis tertentu.“Saya tidak mahu dia terdedah sama dengan kesibukan saya yang terpaksa berkejar ke sana sini. Lagipun, dia memang tidak suka menjadi perhatian ramai.
“Saya kasihankan isteri yang jarang dapat berbuka puasa bersama-sama saya. Jadi, apabila berada di kampung, sekurang-kurangnya dia lebih seronok apabila makan berteman.
“Sebelum ini dia selalu masak untuk kami makan sahur bersama-sama,” kata Asyraf yang mahu menghantar isterinya pulang ke kampung terlebih awal menjelang Hari Raya Aidilfitri ini. -mStar
Sejak PAS isytihar mahu ganti Umno, parti asobiyah Melayu itu tiba-tiba berubah watak menjadi lebih PAS dari PAS. Rentetan isu yang berlaku satu demi satu dalam negara menunjukkan bahawa Umno cuba menonjolkan bahawa mereka adalah parti yang betul-betul memperjuangkan Islam.