
Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...
Sumber : Pemuda PAS Wangsa Maju
Anak ke-2 Ruhil Amani, RayyanPenyanyi Ruhil Amani Hussein telah selamat melahirkan anaknya pada 3 Mac lalu.
Anak kedua Ruhil Amani ini diberi nama Raayan Alexander Wilson Jamil Wilson. Bayi lelaki seberat 3.83 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar Damansara pada pukul 12.59 tengah hari.

Namun hari ini, menyebut nama Najwa, terus terbayang sosok tubuh mungil seorang gadis manis yang tidak pernah kering dengan senyuman. Najwa Muhyiddin bukan asing lagi, tetapi suara lunak dengan gaya soulnya selalu dirindui.
Lantas apabila dia muncul dengan album debut penuh miliknya sendiri, ia membangkit keterujaan di hati peminatnya. Diberi nama Innocent Soul, ia adalah sebuah album Inggeris penuh daripadanya.
Saat melancarkan album tersebut di Restoran Ecoba, Kuala Lumpur, baru-baru ini, air matanya tidak dapat ditahan daripada mengalir apabila disoal mengenai perjalanan proses penerbitan album tersebut.
Bukan gimik, bukan juga drama tetapi air matanya itu sebagai tanda betapa besar pengorbanan dan keinginannya untuk melahirkan sebuah album.
“Lama rasanya untuk saya hasilkan album ini. Selepas penat lelah dan berulang-alik di antara Jakarta, Indonesia dan Kuala Lumpur, akhirnya impian saya untuk melahirkan sebuah album tercapai,” tuturnya sambil menguntum senyuman.
Katanya, dia meminati muzik sejak dari kecil dan tidak dapat melupakan persembahan pentas pertamanya untuk hari penyampaian hadiah di sekolah rendah ketika dia berusia tujuh tahun.
Bagaimanapun, demi jaminan masa hadapan dan kepuasan hati ayah bonda, dia terlebih dahulu bergelar siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik yang ditimba di Melbourne, Australia.
Selepas dua tahun menimba pengalaman di bumi kanggaru itu, sekembali Najwa ke tanah air, dia tahu yang dia perlu lakukan sesuatu demi minat dan cintanya terhadap muzik.
Dek kerana minat, dua tahun juga masa dihabiskan di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM), Kuala Lumpur, sambil dia mencari peluang dan ruang untuk muncul dengan hasil karyanya sendiri.
![]() |
| TIMBA ilmu. Najwa mengakui dia masih dalam proses pembelajaran untuk menghasilkan lagu-lagu Melayu. |
“Saya bekerjasama dengan Maliq & D'Essentials, band jazz popular di Indonesia untuk lahirkan album ini. April tahun lepas saya terbang ke Jakarta dan berbincang dengan mereka.
“Selepas itu, sekitar bulan Ramadan saya terbang ke Jakarta, untuk proses rakaman. Syukur, kerana mereka memahami apa yang saya mahukan untuk album ini,” balasnya gadis berusia 25 tahun itu lagi.
Apabila disoal mengapa terbang sehingga ke Jakarta untuk merakamkan album, jawab Najwa, dia bukan meragui kemampuan penerbit album di Malaysia, tetapi ketika dia ingin menerbitkan album genre neo soul itu, dia tidak berjumpa dengan orang yang sesuai di Malaysia.
“Genre muzik yang saya pilih, tidak berapa popular di Malaysia, saya tidak mahu ambil risiko sebab itu saya ambil keputusan untuk bekerjasama dengan Maliq & D'Essentials.
“Genre muzik kami lebih kurang sama, jadi bekerjasama dengan mereka akan memberikan nafas yang sama terhadap muzik saya tetapi dengan identiti saya sendiri,” katanya yang merupakan peminat band tersebut.
Tidak perkecil lagu Melayu
Sepuluh buah lagu yang terkandung dalam album sulungnya itu semuanya dalam bahasa Inggeris, namun jauh di sudut hatinya, satu hari nanti dia ingin menghasilkan sebuah album Melayu.
Sungguhpun begitu, Najwa sedar di mana tahap kemampuannya untuk menulis lagu puitis dalam bahasa Melayu.
“Saya akui, saya lebih selasa menulis lagu dalam bahasa Inggeris, sebelum ini saya ada terfikir untuk tulis lagu dalam bahasa Melayu tetapi sedar yang saya tidak berapa bagus untuk menulis sebuah lagu yang puitis dalam bahasa Melayu.
“Buat masa ini saya masih dalam proses belajar membikin lagu, Insya’allah mungkin untuk album akan datang saya akan memuatkan lagu bahasa Melayu,” jelasnya.
Tambah Najwa, album Innocent Soul terlalu istimewa buat dirinya kerana hampir kesemua lagu yang dimuatkan dalam album itu merupakan koleksi peribadinya. Ia ibarat sebuah diari yang dibikinnya sendiri sejak berusia 16 tahun.
“Bukan 100 peratus lagu dalam album ini berdasarkan pengalaman yang betul kerana ada juga berdasarkan pengalaman orang lain,” tuturnya mengenai album yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
![]() | ![]() |
JITRA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, YB. Abdul Ghani Ahmad baru-baru ini meninjau permasalahan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga yang menyewa premis Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) di Pekan Sungai Korok, Alor Biak.
Peniaga-peniaga di situ melahirkan rasa kesal dengan tindakan Bahagian Penguatkuasa dan Tunggakan Hasil MDKP yang menyita premis mereka sebaik sahaja menerima notis daripada MDKP.
Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.
“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.
“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.
“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.
“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.
Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.
Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.
Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.
Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.
Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.
Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.
“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.
“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.
“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.
“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.
“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.
Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.
“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.
“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.
Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.
“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.
“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.
Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.
“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.
Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.
Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.

Intan LadyanaPETALING JAYA: Aktres Intan Ladyana Mohamad Yahaya, 28, menafikan dakwaan tinggal serumah atau bersekedudukan dengan kekasihnya aktor Kamal Adli di sebuah kondominium di Ampang, Selangor.
Kata pelakon yang mesra disapa Intan itu, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana hakikatnya mereka tinggal berasingan.
"Dakwaan yang mengatakan saya tinggal serumah dengan Kamal adalah tidak betul sama sekali. Kamal tinggal bersama keluarganya.
"Memang tidak betul sangatlah kalau ada yang mendakwa kami tinggal bersama macam pasangan suami isteri," katanya kepada mStar Online, Selasa.
Mengakui Kamal kerap berkunjung ke rumahnya untuk berjumpa atau keluar bersama, Intan bagaimanapun berkata, aktor itu hanya menunggu di bawah dan jarang masuk ke rumah kecuali atas hal-hal tertentu atau kecemasan.
"Saya tidak menafikan Kamal selalu datang tetapi tidaklah sampai masuk ke rumah, apatah lagi untuk tidur bersama pula.
"Kebiasaannya dia akan tunggu di bawah sahaja. Kalau pun keadaan memaksa dia untuk masuk ke rumah, kami tidak akan berdua-duaan. Pasti ada pembantu peribadi saya atau rakan-rakan lain juga," katanya.
Tambah pelakon filem Kembar Siang itu, dakwaan tersebut mungkin timbul kerana jiran-jirannya sering melihat kelibat Kamal berkunjung di kawasan kediamannya.
Tanpa mengetahui cerita yang sebenar, segelintir pihak mudah membuat tanggapan dan andaian masing-masing dengan menyebarkan cerita tersebut.
"Inilah masalahnya apabila orang mudah membuat andaian masing-masing tanpa mengetahui cerita sebenar. Namun, saya tidak kisah sebab perkara itu tidak berlaku," katanya.
Menyentuh perkembangan terbarunya, Intan baru sahaja menyambung kontrak sebagai pengacara untuk musim baru program Chopp!!! yang bersiaran di TV9.

Katanya, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.
"Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.
Jackie ChanNEW DELHI: Bintang filem legenda Hong Kong Jackie Chan, 56, menjadi mangsa terbaru laman sosial Twitter apabila berita mengenai kematiannya ekoran serangan jantung tersebar luas di Internet, Isnin.
Menurut laporan yang dipetik daripada ibnlive.com, khabar angin itu tersebar apabila sebuah artikel palsu yang menggunakan nama CNN telah dimuatnaik oleh seorang penulis blog bergelar Skiphopz.
Susulan artikel berjudul 'Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung' itu, laman Twitter telah dibanjiri limpahan ucapan takziah daripada kalangan peminat.
Laporan itu turut memaparkan ucapan palsu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berhubung kematian Chan yang berbunyi:
"Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula."
Chan yang masih hidup bagaimanapun dilaporkan bakal muncul dengan filem terbaru iaitu 1911, tahun ini.
![]() |
| SALAH satu persembahan pada majlis kejutan meraikan hari lahir Erma Fatima yang mencetuskan kontroversi. |
PENGARAH Erma Fatima memberitahu, dia tidak menduga majlis yang diadakan secara mengejut bagi meraikan hari lahirnya baru-baru ini, akan mencetuskan kontroversi.
Kata Erma, majlis tersebut diadakan secara tertutup sebagai satu kejutan buat dirinya.
"Jangan dipersalahkan tetamu yang hadir di majlis itu dan janganlah menyalahkan individu yang menganjurkan majlis tersebut.
"Saya tidak menyangka perkara ini (majlis hari lahirnya) akan jadi sampai macam tu sekali.
"Saya faham penganjur yang menganjurkan majlis itu bukannya mahu memalukan saya atau sesiapa pun.
"Saya tidak pandang persembahan oleh paper dolls itu sebagai sesuatu yang menjijikkan. Saya tidak pandang hina dengan persembahan itu.
"Biarlah apa orang nak kata. Kalau di pandangan mata orang lain itu sesuatu yang salah, salahkan saya. Jangan salahkan tetamu atau penganjur atau persembahan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Hits ketika menghubunginya yang berada di Mekah atas urusan penggambaran drama.
Erma berkata, dia mohon agar jangan membabitkan nama orang lain kerana dia terima segala kekhilafan majlis tersebut.
Erma juga memberitahu, dia tidak mempunyai apa-apa motif apabila sebuah majlis seumpama itu dianjurkan untuknya.
Sebaliknya, dia memahami majlis itu adalah sebuah kejutan untuknya.
Justeru, dia sendiri tidak tahu apakah persembahan yang dikhaskan untuk meraikannya tetapi memahami niat orang yang menganjurkan majlis tersebut.
"Penganjur yang menganjurkan majlis itu ialah sahabat saya dan saya berkawan dengan semua orang tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
"Tetamu kenamaan yang hadir, hanya duduk untuk lima minit sahaja. Jadi, jangan kaitkan dengan nama tetamu.
"Beginilah, saya tidak melihat majlis itu sebagai satu benda yang menjatuhkan imej saya yang bertudung.
"Saya tahu, bukan niat penganjur untuk memalukan saya. Apabila saya menyaksikan persembahan itu, tak kan saya nak tinggalkan majlis serta merta? Kalau saya berbuat demikian, saya tidak menghormati sahabat yang menganjurkan majlis untuk saya," tegas Erma.

BIARPUN sudah enam tahun bergelumang dalam industri hiburan tanah air, aktres kacukan Melayu-Amerika ini mengakui belum lagi bertemu dengan kesempurnaan yang boleh dibanggakan sebagai seorang pelakon.
Pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu turut meletakkan dirinya masih hijau dalam bidang lakonan, justeru dia perlu sentiasa belajar untuk memperbaiki kualiti lakonan dari semasa ke semasa.
Ditemui semasa menghadiri majlis malam gala Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini, Diana yang hadir persis seorang puteri kelihatan jelita dan menawan dalam busana rekaan Hazwani Osman.
Tatkala bertemu dengan gadis berusia 19 tahun itu, dia sudah bersiap sedia untuk menjawab apa juga soalan yang diajukan, tetapi tidak meletakkan jaminan untuk menjawab kisah cintanya yang dilaporkan sudah bercerai kasih dengan seorang aktor kacak.
“Saya lebih senang berbicara tentang soal karier dan pelajaran,” ulasnya ringkas.
Tanpa berlengah, Diana pantas mengalihkan butir bicaranya ke arah kerjaya sebagai seorang pelakon yang pada awalnya diceburi hanya untuk mencari keseronokan dan pengalaman.
Namun lama-kelamaan, perasaan itu bertukar kepada cinta dan minat. Seterusnya, kerjaya sebagai seorang pelakon itu diputuskan untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan utama untuk meneruskan kehidupan.
“Ia sudah sebati dalam diri dan bila ramai yang menjadikan lakonan sebagai satu karier yang tetap, saya terfikir untuk melakukan perkara yang sama.
“Dulu memang saya berlakon hanya untuk suka-suka. Saya mahu berlakon untuk mencari duit buat diri sendiri bagi kegunaan pada masa depan.
“Justeru, terasa sayang untuk lepaskan peluang yang sudah terhidang di depan mata, lebih-lebih lagi dengan tawaran yang datang setakat ini. Saya amat bersyukur dengan semua itu,” tuturnya dengan lembut.
New York Film Academy
Sepanjang April, kemungkinan kelibat pelakon kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat itu akan jarang dilihat oleh umum kerana dia bakal berlepas ke Los Angeles untuk mengikuti pengajian di New York Film Academy, Los Angeles dalam kursus lakonan.
Graduan Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor dalam jurusan Biosains itu bertekad untuk mengurangkan kelemahan dalam lakonan seterusnya menumpahkan sepenuhnya ilmu itu dalam kariernya.
“Saya harap dapat mantapkan kemahiran berlakon dan memperbaiki ruang kelemahan yang ada dalam diri. Sebenarnya saat seperti ini sudah lama saya idamkan tetapi tidak diizinkan waktu.
![]() |
| DIANA menegaskan dirinya akan berasa rendah diri jika tidak mempunyai pelajaran. |
“Pada mulanya, saya hendak ke Australia, tetapi pada masa yang sama, saya turut mencuba nasib di Los Angeles dan akhirnya permohonan saya diterima. Itu pun sebab mereka hanya terima pelajar yang sudah bekerja (berlakon) agar selepas itu boleh terus praktikkan apa yang telah dipelajari,” jelasnya yang akan ditemani ibunya, Norsiah Ramli untuk tempoh dua minggu pertama.
Bakal menemui penonton dengan filem terbarunya iaitu ...Dalam Botol tidak lama lagi, Diana dalam diam menyimpan harapan untuk bekerja dengan beberapa nama pengarah tersohor negara.
Antara hajatnya yang sudah berjaya dilunaskan ialah dengan bekerja di bawah dua pengarah yang dianggapnya hebat iaitu Osman Ali dan U-Wei Shaari.
“Masih ada lagi beberapa nama besar yang masih belum saya gapai iaitu bekerja dengan Datuk Shuhaimi Baba dan arwah Yasmin Ahmad. Apa boleh buat kerana arwah telah pergi buat selama-lamanya dan impian itu hanya mampu saya simpan sahaja.
“Secara peribadi, saya menyifatkan diri saya tidak layak untuk mendapat apa-apa yang hebat selagi tidak berusaha untuk memantapkan lakonan. Saya perlu kemaskan diri sebelum bekerja dengan nama-nama hebat itu,” katanya yang baru sahaja tamat menjalani penggambaran filem Bara Jiwa arahan Osman Ali.
Berbalik kepada kursus lakonan di LA, Diana memberitahu, kursus itu bersifat fleksibel dan akan berlanjutan selama 10 bulan, namun selesai bulan pertama, dia akan kembali ke tanah air semula.
Sekiranya didapati sesuai, Diana akan ke sana bagi menyambung semula pengajian dan jika berjaya menamatkan pengajian, dia akan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lakonan.
“Mereka boleh ikut jadual kita. Mungkin selepas balik dua atau tiga bulan, saya boleh ke sana semula. Mereka pun tahu kos amat mahal dan sebagai seorang yang sudah bekerja, saya masih ada kerja yang perlu diselesaikan.
“Cuma syaratnya saya mesti lengkapkan kursus selama 10 bulan dalam masa dua tahun. Jika saya sesuai dan semuanya lancar dan motivasi diri masih tinggi, mungkin saya akan sambung,” luahnya yang akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang psikologi di Kolej Universiti Sunway menjelang Jun depan.
Mendengar terlalu banyak perancangan ilmu yang bersarang di minda, Diana juga tidak mahu apa berlaku seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
“Saya tidak akan paksa diri saya sekiranya saya tidak mampu, tetapi secara peribadi dan bukan untuk merendah-rendahkan sesiapa, saya akan berasa rendah diri jika tidak mempunyai pelajaran.
“Ia sebagai bekalan masa depan. Bila saya berkahwin dan kalau jadi apa-apa selepas itu, apa lagi yang tinggal? Jadi ilmu itu penting bagi saya,” ungkapnya.

Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis. Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011).
Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, "Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis? Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh. Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!"
Zul HuzaimyPETALING JAYA: Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, 33, Nor Dalilah Muhammad, 29 mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.
Menurut Dalilah sebelum itu, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula selepas kejadian berkenaan.
"Memang selepas itu Zul banyak berubah dan dia tidak seperti dahulu. Malah selepas penceraian tersebut, Zul berhasrat untuk merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi.
"Bagaimanapun, mungkin kami tidak ada jodoh, perancangan itu tidak menjadi dan kami berpisah secara baik. Anak kami, Awal Haziq, 5, pun dah faham dengan keadaan yang berlaku," katanya yang dihubungi mStar Online, Ahad.
Tambah Dalilah, walaupun umum tidak tahu tentang hal penceraian mereka, rakan-rakan terdekat serta keluarganya sudah pun mengetahui hal tersebut.
Zul bersama Dalilah dan anaknya, Awal. Foto KOSMO!Berikutan penceraian itu kata Dalilah mereka tidak berhasrat membuat sebarang tuntutan hak penjagaan anak mahupun harta sepencarian kerana kedua-dua mereka sudah bersetuju menyelesaikan masalah berkenaan bersama.
"Kami tak mahu membawa isu hak penjagaan anak dan pembahagian harta sehingga ke mahkamah kerana ia akan jadi lebih rumit. Tentang nafkah pula, saya tidak kisah jika Zul mahu beri ataupun tidak.
"Rumah yang diduduki kami sebelum ini pula berkemungkinan akan dijual," tuturnya.
Ditanya adakah kemungkinan mereka akan berbaik semula Dalilah memberitahu tidak akan berbuat demikian kerana mereka mahu membawa haluan sendiri.
"Kami dah tidak ada kaitan suami isteri lagi dan hanya akan bercakap tentang hal anak sahaja.
Lagipun saya ada dengar cerita yang dia sudah pun ada seseorang. Apa pun, saya mendoakan kebahagian diri serta kerjayanya," ujar Dalilah.
Sementara itu, Zul gagal dihubungi mStar untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya tentang penceraiannya itu.
Gosip keretakan rumah tangga Zul Huzaimy sudah kedengaran sejak tahun lalu tapi pelakon itu enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata ia adalah kisah peribadi yang tak perlu dihebohkan.
Nak kata terkejut beruk tu dah kire teruk sangat...tapi terkejut ayam belanda juga aku bile baca kenyataan menteri yang jaga undang undang di JPM tentang video lucah.... dia kata , tunjukkan di mana salahnya....
TIDAK SYAK LAGI, kopi Kluang RailCoffee yang di dakwa haram di minum dan ada gelatin babi itu memang benar… huhu
Maknanya bagi mereka yang minum kopi di Kluang RailCoffee selama ini, faham-faham sudah… gelatin babi dah ada dalam badan.
Lain kali minum kopi di rumah je. nak lagi kaw-kawe, beli kopi kisar di pasar malam. Original and no fake/gelatin babi/additional ingredients.*******************************************************************************
Laporan Sebelumnya
Semalam ada perasan satu status di wall seorang sahabat kat FB. Di dakwanya Kluang RailCoffee disahkan haram kerana ada gelatin babi dalam kopinya. Ini screenshotnya:

Dalam hati ni, aku hampir percaya atau tidak je.
Sebab sebelum ini kedai ni dah keluar TV pun. Sekali imbas, memang tak sangka langsung yang perniagaan macam ni pun ada tidak sucinya. Tapi bila baca Harian Metro mengenai “Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi“, hati yang berdetak-detik sejak semalam mula berderau!
Memang Harian Metro tidak menyebut nama Kluang RailwayCoffee, tapi aku rasa memang inilah yang disebutkan di Facebook semalam. Kalau betullah apa yang di ceritakan di Facebook, Ya Allah…..
Berapa ramai orang Islam yang dah minum/makan gelatin babi selama ini?
Tu haaa.. dekat Plaza Kotaraya JB, bukan main besar lagi kedai dia… bukan main ramai lagi pelanggan Islam dia… sampai kat tepi escalator pun ada meja untuk orang duduk minum.
Memang pelik… kenapa boleh jadi sampai macam ni sekali. Cuma bila di baca balik statement di Facebook, barulah tersentak. Dulu memang takde gelatin babi ni dalam kopi mereka. Tapi bila perniagaan itu “bertukar tangan”, maka tak hairanlah….
*Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ. Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka, kata Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar
* Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.
So untuk umat Islam semua, berhati-hatilah ketika makan dan minum di luar. Janganlah salahkan Jabatan Agama Islam sahaja.
TRIVIA:
Pendek kata, tak payah rasa susah untuk “makan dan minum” seolah-olah hidup merantau nun di luar negara sinun … sebab dalam negara sendiri dah cukup mencabar… banyak yang di ragui akan kesucian makanan dan minuman di hadapan mata sendiri.
Siapa yang suka dengan kopi Kluang RailCoffee tu, mesti kembang kuncup tekak sekarang bila dah tahu perkara sebenar. Semoga selepas ini, kita lebih berhati-hati. Tahniah kepada Jabatan Agama Islam Johor atas pembongkaran ini.
*pernah makan dan minum di Kluang RailCoffee di Plaza Kotaraya bulan Januari lepas dengan si dia.. tapi masa tu nasib baik order Ice Lemon Tea dengan roti bakar…. pheewww!

KUALA LUMPUR 25 Mac - Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?
Itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.
Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.
Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak men'tweet' pada waktu berkenaan.
Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.
"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam bloghttp://novandri.blogspot.com.
Katanya, Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar ketika itu malah kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa dirinya sedang mengakses laman sosial Twitter pada hari dan waktu itu juga menimbulkan persoalan besar.
Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan.
"Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya. Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya.
Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah pada pukul 9.20 malam yang berbunyi: "Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..."
Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...lama sangat dah sy rasa DS x mai..."