Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden. Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung. Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi. Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat. Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak. Manakala mereka yang menang jawatankuasa pusat juga merupakan campuran penyokong yang terdiri daripada sebelas penyokong Chua, Ka Ting (9) dan Tee Keat (5). Dua puluh lima pemenang jawatankuasa pusat, termasuk 14 penyandang (nama penyandang dihitamkan) ialah: 1.Lee Chee Leong (1,430) Sebelum ini, 2,315 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini. |
Bekas Menteri Skandal Seks Menang Presiden, Menteri Kesihatan Menang Timbalan
TGNA tidak setuju sidang DUN khas bincang krisis istana
MACHANG: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju dengan cadangan diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membincangkan dan menyelesaikan konflik istana Kelantan.
Beliau berkata, tindakan sebegitu hanya akan memburukkan lagi keadaan kerana krisis itu membabitkan soal teknikal dan ia perlu diselesaikan secara berhikmah.
"Isu berkaitan (istana) sangat sensitif yang menyentuh perasaan orang Melayu dan ia perlu diselesaikan cara diam (baik)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kilang Nutraseutikal dan pemeterian perjanjian antara Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd dan Global Biotech Produce Sdn Bhd di Labok di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan agar sidang khas DUN diadakan bagi membincangkan kemelut yang sedang melanda istana Kelantan.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, kalau krisis itu gagal diselesaikan secara berhemah, kerajaan negeri akan menggunakan perlembagaan negeri untuk menyelesaikannya.
Beliau meminta rakyat Kelantan sentiasa berdoa agar krisis itu selesai secepat mungkin.
Nik Abdul Aziz turut mengajak rakyat mendoakan kesihatan Sultan Kelantan supaya baginda cepat sembuh daripada kegeringan.
"Pada pandangan saya, tuanku masih gering dan masih memerlukan masa yang secukupnya untuk sihat seperti biasa," katanya
KERAJAAN BN PERAK TOLAK 216 SOALAN-SOALAN ADUN PR
Ini jelas bercanggah dengan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh semua Adun tidak bersalahan dengan Perintah Tetap, semua soalan telah dihantar dua minggu sebelum tarikh persidangan iaitu pada 15hb. Mac 2010, sedangkan sidang DUN diadakan pada 30 Mac 2010. Soalan tersebut dihantar terus ke pejabat Setiasuaha Dewan Undangan Negeri dengan tangan.
Jelas UMNO BN Perak sangat takut dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Adun-adun PR terutama soalan-soalan lisan. Berdasarkan soalan-soalan dan juga jawapan-jawapan yang bakal diberikan nanti oleh Kerajaan BN sudah pasti bakal mengundang satu perdebatan yang panas dan hebat, mereka sangat bimbang dengan perdebatan dalam Undangan Negeri nanti, rakyat akan dapat menilai siapa yang benar dalam krisis politik di Perak.
Bagi mengelakkan perdebatan yang akan merugikan dan mendeahkan tembelang UMNO BN, mereka memilih jalan pintas dengan menolak semua soalan atas alasan tidak diemail.
Antara soalan-soalan yang sangat mengerunkan dan akan menggegarkan dewan untuk dijawab oleh kerajaan UMNO BN :-
SOALAN-SOALAN LISAN
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA
DEWAN NEGERI PERAK YANG KEDUA BELAS
PERAK DARUL RIDZUAN MULAI 30 MAC 2010
DARIPADA : YB TITI SERONG
1. Dalam sidang 7 Mei yang lalu, berlaku perlantikan Yang Dipertua yang baru Dewan Undangan Negeri Perak di mana Ganesan telah dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan yang baru bagi mengantikan YB Sivakumar.
a) Di bawah peraturan manakah yang digunakan oleh ahli-ahli dewan BN melantik speaker baru sedangkan YB Sivakumar masih menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak yang sah sedangkan usul memilih Yang Dipertua Dewan yang baru telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan mengikut bidang kuasanya dalam Perintah Tetap ?
b) Di bawah peraturan manakah yang membolehkan Ganesan berada di dalam dewan, sedangkan tiada kebenaran oleh Yang Dipertua Dewan ketika itu untuk beliau berada di dalam dewan ?
c) Di bawah peraturan manakah ketika mana YB Sivakumar menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan yang sah pada persidangan 7 Mei yang lalu, tiba-tiba Timbalan Yang Dipertua Dewan mengambil alih tugas Yang Dipertua Dewan bagi menjalankan pemilihan Yang Dipertua Dewan yang baru ?
2. Dalam sidang dewan 7 Mei 2009, Yang Dipertua Dewan telah menggunakan kuasanya bagi menentukan jumlah pemerhati dan pemberita yang dibenarkan berada di dalam dewan sepanjang persidangan berjalan.
a) Mengapa kuasa Yang Dipertua Dewan ketika itu dinafikan sebaliknya arahan menentukan jumlah pemerhati dan pemberita diambil alih oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri ?
b) Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menguasai perjalanan sidang dewan sehingga menghalang Yang Dipetua Dewan menjalankan tugas sebagaimana peraturan dalam Perintah Tetap ?
c) Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menghalang pemerhati dan pemberita yang telah diberi kebenaran khas oleh Yang Dipertua Dewan dari memasuki dewan /
3. Dalam sidang dewan 7 Mei 2009 yang lalu, DYTM Raja Muda Perak telah menyampai titah ucapan bagi merasmikan sidang dewan tersebut.
a) Adakah tidak menyalahi amalan dalam persidangan dewan di Perak, titah ucapan Tuanku tidak disertai dengan ucapan usul terima kasih dan membahaskannya serta menerima titah ucapan tersebut ?
b) Adakah ia bukan satu penghinaan terhadap titah Tuanku yang langsung tidak dibahas dab diterima ?
c) Di bawah peraturan manakah, usul pemilihan Yang Dipertua Dewan dijalankan sedangkan Perasmian Sidang Dewan 7 Mei yang lalu belum pun disempurnakan lagi ?
SOALAN-SOALAN BERTULIS
1. Hasil hutan
a) Sila buat analisis perbandingan keluasan balak yang telah diluluskan dan hasilnya oleh kerajaan pada tahun 2008 dan 2009 ?
b) Apakah polisi yang diguna pakai oleh Jabatan Hutan Negeri Perak bagi menentukan kelulusan balak dan berapakah keluasan balak yang ditender sepanjang tahun 2009 ?
2. Sekolah Agama Rakyat (SAR)
a) Berapakah jumlah bantuan perkapita kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat yang bukan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ?
b) Berapakah pula jumlah peruntukkan yang kerajaan negeri salurkan kepada setiap Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SUWA) ?
3. Majlis Agama Islam Perak
a) Sila nyatakan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang membayar zakat kepada Majlis Agama Islam Perak dan jumlah yang dikeluarkan oleh setiap anak-anak syarikat?
b) Mengapakah kerajaan tidak mengguna pakai kaedah perlantikan Ahli Jawatankuasa Qaryah yang pernah dicadangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam iaitu sama ramai jumlah Ahli Jawatankuasa Qaryah dari penyokong Pakatan Rakyat dan Penyokong BN sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan mendapat perkenan Tuanku Raja Muda?
4. Pemberian suratan hak milik dan Tanah Rezab Melayu
a) Sila nyatakan jumlah suratan hak milik yang telah dikeluarkan dari tahun 2000 hingga 2009 mengikut pecahan daerah dengan menyatakan sekali jumlah ekar dan kepada siapa suratan hak milik itu dikeluarkan?
b) Berapakah jumlah Tanah Rezab Melayu yang ditukar statusnya di seluruh Perak mengikut pecahan dari tahun 2000 hingga 2009 ?
5. Pelaboran
a) Sila nyatakan jumlah pelaburan asing yang diterima oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan bilangan tahun sejak 2007 hingga 2009 serta nyatakan nama pelabur-pelabur asing itu?
b) Baru-baru ini, YAB MB pergi ke beberapa buah negeri antaranya ke Timur Tengah, Amerika dan London, berapakah jumlah pelaburan yang diterima hasil lawatan tersebut serta nyatakan nama syarikat-syarikat yang melabur.?
http://misabah.blogspot.com
Wan Hashim Dilanjutkan Tempoh Tahanan Reman
Turut hadir di mahkamah adalah Peguambela beliau, Gobin Singh Deo dan Datuk Mohd. Haaziq Pillay.
Sementara itu, isteri Wan Hashim, Datin Nor Zakiah Ahmad bersama beberapa ahli keluarga turut hadir memenuhi perkarangan mahkamah.
Bundle Kebenaran Dibawa Dengan Niat Jahat!
Kami ambil seorang satu. Kemudian lelaki itu beredar untuk membahagi-bahagikan kertas berkenaan kepada orang ramai. Saya tidak segera membacanya, kerana ada perkara lain yang hendak dibuallah. Sobree yang baru balik dari Kelantan dan juga menghadiri mesyuarat agung Perkasa banyak cerita yang ingin saya ketahui darinya, terutamanya cerita terbaru Istana Kelantan yang sedang bergeseran.
AGM MCA: Pengundian selesai, pengiraan mulai jam 1 tengahari
Sejumlah 2,318 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini. 12.19pm: Proses pengundian selesai. Proses pengiraan undi akan bermula jam 1 tengahari. 11.23pm: Selepas mengundi Ka Ting beredar dari bangunan ibupejabat MCA. Sebelum beredar, Ka Ting berkata beliau gembira dan puas hati dengan proses pengundian kerana semunya berjalan lancar.
10.53am: Dari Twitter Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Sing's: Saya harap selepas hari ini tiadalah krisis dalam parti. 10.54am: Yip berkata beliau telah mempengerusikan lebih banyak EGM MCA berbanding orang lain, dan mengucap terima kasih kepada perwakilan atas sokongan mereka.
10.10am: Pengerusi EGM, Yip Phooi Hong mengumumkan bahawa 2,318 daripada 2,380 atau 97 peratus perwakilan hadir. 9.30am: Calon-calon berbaris di sepanjang laluan ke Dewan San Choon di mana EGM akan diadakan, untuk mengalu-alukan kedatangan para perwakilan. Sestengah calon gagal mendapatkan tempat di tepi laluan tersebut, pula kelihatan berada di anak tangga menuju ke dewan tersebut.
Ambilan: MalaysiaKini |
DENDAM LAMA: Dr Mahathir Labelkan Pak Lah 'Mr Corridor'
KUALA LUMPUR 28 Mac - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan pentas Perkasa untuk menghentam penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa merasmikan Mesyuarat Agung sulung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah bersara daripada jawatan selama setahun namun beliau masih menjadi sasaran lidah tajam Dr Mahathir yang terus mengkritik dasar-dasar pentadbiran Abdullah yang tidak selari dengan pemikiran beliau.
Pada mesyuarat Perkasa tersebut Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk memperli kepimpinan Abdullah yang dianggap sebagai kerajaan yang hanya tahu memperkenalkan koridor ekonomi dan bukan pembangunan ekonomi.
Abdullah bersara pada April 2009, setahun selepas Umno-Barisan Nasional mengalami kekalahan yang amat memalukan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.
"Situasi sekarang lebih baik daripada zaman pemerintahan Pak Lah. Semasa Pak Lah menjadi PM, saya langsung tidak boleh bercakap. Saya juga tidak dijemput oleh sesiapa. Dia seorang yang liberal dan demokratik tetapi orang seperti saya tidak dibenarkan bercakap. Tetapi Najib beri saya peluang bercakap maka dia seorang yang baik. Najib mempunyai idea untuk negara.
"Harapan saya untuk Datuk Seri Najib adalah lebih lagi berbanding penyandang, "Mr Corridor". Terlalu banyak koridor tetapi apa yang kamu boleh jumpa dari semua koridor tersebut? Media seharus membuat laporan terhadap semua koridor tersebut sepanjang 5 tahun itu dan apa yang sudah dibuat," kata bekas Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan itu.
Dalam majlis yang menyaksikan adegan mencium keris oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, beliau juga menyalahkan penggantinya itu sebagai penyebab utama situasi ketegangan kaum sekarang dan kononnya Malaysia lebih bersatu semasa 23 tahun di bawah pentadbirannya.
Pengerusi D'Nab : Siapakah pemimpin Melayu yang sokong judi, arak?
Sunday, 28 March 2010 9:43 AM
Oleh Mohd Ali Bakri
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perkasa, Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zahrin Mohd Hashim dan Awang Selamat antara watak dan pihak yang dikecam hebat berikutan berleluasanya amalan judi dan arak di negara ini.
"Anda semua masih bisu, pekak dan buta. Saya cabar SPRM siasat salahlaku dan rasuah dalam kelulusan lesen-lesen judi, empat nombor ekor Magnum, Toto dan Damacai. Dalam seminggu ada tujuh hari, cabutan empat nombor ekor ada 12 cabutan.
"Kelulusan lesen-lesen ini sungguh mudah dan dalam jumlah yang besar. Apakah wujud unsur sogokan di sini?"
"Menteri kewangan, Duli Raja-Raja Melayu Islam, mufti-mufti dan semua Melayu Islam tetap tidak malu dan takut ke atas kemungkaran ini yang mungkin akan mengundang kemurkaan Allah," kata Pengerusi Demi Negara, Agama dan Bangsa (D' Nab) Mohd Basir Abdullah.
Dalam perkembangan lain, beliau menyelar pihak tertentu yang memperalat isu kalimah Allah, hingga sanggup lompat parti dengan alasan parti dahulu tidak berusaha mempertahan Islam.
"Seolah-olah hanya dia yang mempertahan kalimah Allah. Apakah apabila dia lompat, dia boleh pertahankan kalimah Allah bersendirian? Allah juga yang maha tahu," katanya.
Mohd Basir dalam suatu kenyataannya di sini, turut mengecam Zahrin, Nordin, Mohsin, Ibrahim Pasir Mas dan Awang Selamat.
"Secara umum anda semua mendabik dada dan melaungkan kononnya anda pejuang agama dan hak istimewa orang Melayu. Tetapi, kenapa maksiat, pelacuran, judi dan arak tidak pernah anda semua sentuh dalam hujah-hujah atau usulkan di parlimen?
"Salahguna kuasa dan rasuah dalam kelulusan lesen-lesen judi, arak dan pusat hiburan dan pelacuran? Anda pekak, bisu dan buta. Ini semua menghancurkan bangsa anda, Melayu anda, dan sedikit demi sedikit Islam anda. Anda semua buat-buat tidak nampak, buat buat pekak, buat-buat bisu. Pembangkang sudah tentu tiada kuasa terhadap kelulusan lesen-lesen ini.
"Tapi ahli parlimen Melayu Islam mesti bertanggungjawab. Kepada SPRM, saya ingin nasihat sikit. Cuba siasat dalam kalangan menteri BN yang terlibat dalam meluluskan lesen-lesen judi empat nombor ekor," tambah beliau lagi.
Di samping itu, beliau turut mencabar Ibrahim Ali dan ahli parlimen Bebas lain untuk merujuk hal yang diharamkan Islam.
"Perkasakah anda untuk katakan hal ini semua tidak salah, tidak haram. Perkasanya anda cuma untuk memperkasa Ibrahim Ali. Jangan tertipu dengan kata-kata Ibrahim Ali.
"Melayu Islam jangan jadi pekak, bisu dan buta terhadap kemungkaran ini. Anda semua berebut kuasa dan kedudukan dan mengaku sebagai penjaga agama Islam dan hak Istimewa orang Melayu.
"Akhirat nanti kita tidak boleh bisu, pekak dan buta kerana yang menjawab pertanyaan Allah nanti adalah bukan mulut atau lidah kita, takut dan malulah kepada Allah," kata beliau.
Sebagai pengerusi badan D' Nab, beliau menasihat pihak-pihak di atas agar tidak bertindak memusnahkan agama, negara dan rakyat Islam ini.
"Cukup-cukuplah dengan kemajuan duniawi. Majulah dan insaflah diri sendiri selamatkan negara Islam ini dari kehancuran dan kemusnahan. Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan ikatan silaturrahim sesama kita, walaupun kita mempunyai pendapat yang berbeza," tambahnya.
Pengerusi badan itu, Mohamad Basir Abdullah boleh dihubungi termasuk melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (sms) 019-6824198 ataupun melalui mel-e mohamad.basir@yahoo.com.
Mahathir Mula Menjadi Penasihat Najib
Dr. M Nasihat Najib Jangan Ketepikan Perkasa
KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun supaya tidak mengenepikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana ia kini memiliki kuasa pendesak yang perlu diambil kira.
Bekas Perdana Menteri berkata, Najib sepatutnya mendengar pandangan yang dikemukakan oleh Perkasa yang merupakan lidah orang Melayu masa kini.
"Dengar pandangan mereka sama ada ia waras atau tidak. Kegagalan mendengar mungkin mengakibatkan kehilangan undi mereka.
"Sebagaimana kerajaan mendengar rungutan komuniti lain, rungutan orang Melayu juga patut diambil kira," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa yang pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Lebih 10,000 hadir pada majlis perasmian mesyuarat agung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya tidak mempedulikan orang Melayu kerana mereka adalah pengundi utama sambil menyatakan keyakinannya ke atas keupayaan Najib mengembalikan kegemilangan negara sebelum ini.
Kata beliau, tumbuhnya pelbagai NGO Melayu seperti Perkasa kebelakangan ini yang menyentuh soal politik kerana kepercayaan terhadap Umno yang selama menjadi juara pembela bangsa semakin terhakis.
"Lebih 50 tahun, kita tidak melihat kewujudan NGO seperti itu sebab selama itu Umno menjuarai isu-isu Melayu," ujarnya sambil mengaskan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak pernah mengalang pembangunan.
Beliau menyalahkan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi sangat lemah.
Beliau mendedahkan terdapat sesetengah pihak yang menasihatkanya supaya jangan hadir ke program Perkasa kerana didakwa akan merosakkan reputasi dan nama baiknya.
"Perkasa bukan ekstremis atau kumpulan yang ganas, objektif mereka ialah mempertahankan dan melindungi hak orang Melayu," jelasnya.
Sementara itu beliau berkata, ekonomi Malaysia tidak mencatatkan pertumbuhan yang signifikan sejak lima tahun kebelakangan ini sedangkan isu perkauman hangat diperdebatkan.
"Isu sensitif melibatkan agama dan perkauman sepatutnya dibincangakan secara tertutup semata-mata untuk kestabilan dan pertumbuhan," kata beliau.
Beliau turut menegur tuduhan-tuduhan liar yang mendakwa bahawa orang melayu mengaut semua keuntungan daripada biasiswa hinggalah projek kerajaan.
Terdahulu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menempelak DAP berkaitan propaganda 'Malaysian Malaysia'.
Selain itu, beliau turut menyelar parti Islam yang yang 'menjual' agama untuk kepentingan diri sendiri.
Turut dikriti beliau, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mendapatkan sokongan pihak asing untuk mengutuk Malaysia berkaitan perbicaraan kes liwatnya.
"Saya menyokong sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri dan menekankan bahawa Perkasa bukan parti politik dan saya amat berharap Umno dapat kembali ke landasan asal iaitu mempertahankan orang Melayu," tegasnya
Ust Badrul Amin calon Hulu Selangor DiCadangkan oleh Anak Kedah
Ini calon pilihan aku untuk Hulu Selangor.. Insya'allah Boleh Menang...
Alasan aku ialah mudah saja...
Dah kawasan ini PKR punya jadi baik angkat seorang USTAZ sebab dengan title yg beliau pegang itu memudahkan gerak kerja kita.
Kalau ambik tokoh koperat susah sikit nanti terpaksa bersaing dengan manipulasi lawan..cth Zahid Ibrahim.. beliau ada sejarah dengan PAS iaitu beliau telah saman HUDUD Kelantan.. walaupon beliau ada hujah tapi susah nak kaunter attack balik pihak lawan yg menggunakan banyak mekanisma untuk buat tohmahan.
Nak lawan UMNO nie kena ambik org yg bersih dan dipercayai... lanie nak bagi orang percaya ambik saja USTAZ sbb cina dan india sekrg lagi percaya USTAZ dari percaya orang yang pakai kot nie....
Nak kempen pon mudah.. cerita saja bab HALAL HARAM DOSA PAHALA... tak yah dok cakap banyak habih cerita...
UMNO ambik la sapa pon... tapi bila berhadapan dengan seorang yg bernama USTAZ tentu orang akan pandang USTAZ sebab dengan ketokohan yg USTAZ bawa bisa diterima oleh semua kaum...
Oklah apa-apa pon terpulanglah kepada pimpinan semua.. tapi pada aku inilah pilihannya...........
http://anakkedah007.blogspot.com/